Amerika nak serang Syira ??? AS sedia untuk kemungkinan serang - TopicsExpress



          

Amerika nak serang Syira ??? AS sedia untuk kemungkinan serang Syria Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya bersiap sedia untuk kemungkinan serangan tentera terhadap Syria yang boleh berlaku dalam beberapa hari sahaja. ia dilihat langkah paling agresif kuasa-kuasa Barat di negeri Timur Tengah yang sudah dua tahun setengah berada dalam kancah perang saudara. Duta-duta negara Barat sudah memberitahu pembangkang Syria untuk menjangkakan respon ketenteraan dengan segera terhadap pasukan Presiden Bashar al-Assad, sebagai balasan terhadap serangan senjata kimia minggu lalu. Perkara itu dimaklumkan oleh sumber yang menghadiri mesyuarat dengan kumpulan penentang Gabungan Kebangsaan Rakyat Syria di Istanbul, lapor Reuters. Australia, sekutu rapat AS dan pengerusi seterusnya Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Rabu merestui kemungkinan serangan terhadap Syria walaupun majlis keselamatan tidak bersetuju. Setiausaha Pertahanan AS Chuck Hagel pada Selasa berkata, tentera AS di rantau itu "sedia bertindak" jika Presiden Barrack Obama memberikan arahan. Obama - yang keberatan agak lama untuk campur tangan dalam konflik Syria - berusaha mengukuhkan sokongan sekutu AS, termasuk meminta pandangan pemimpin Britain dan Canada. Manakala agensi risikan AS mengumpulkan maklumat bahawa sah terdapat pengesahan akhir bahawa kerajaan Syria bersalah terhadap serangan gas beracun dalam serangan dekat Damsyik. Jurucakap Rumah Putih Jay Carney berkata, hujah bahawa pihak lain dan bukan tentera Assad di sebalik serangan kimia berskala besar itu hanyalah "khayalan". Menurut aktivis, ratusan terkorban ketika serangan itu. "Tiada keraguan lagi berhubung siapa yang bertanggungjawab atas kekejaman menggunakan senjata kimia di Syiria: regim Syria," kata naib presiden Joe Biden dalam ucapan di Housten kepada American Legion, kumpulan veteran tentera.
Posted on: Wed, 28 Aug 2013 09:07:29 +0000

Recently Viewed Topics




© 2015