Anak-anak berhak untuk meluahkan perasaan mereka terutama marah. - TopicsExpress



          

Anak-anak berhak untuk meluahkan perasaan mereka terutama marah. Marah anak-anak selalunya dilihat apabila mereka sedang mengamuk. Ini terjadi kerana mereka ingin meluahkan bertapa mereka inginkan sesuatu atau tidak selesa dengan sesuatu keadaan. Apa yang kita boleh lakukan? 1. Tenang Marah adalah salah satu emosi yang perlu ada untuk semua orang. Latih anak untuk meluahkan marah dan latih mereka mengawal marah dengan bernafas lebih baik. Apabila anak-anak tenang, mereka mampu mengawal kemarahannya. 2. Tanya Perkara yang paling kritikal kepada anak adalah elakkan daripada bertanya apa yang sedang berlaku. Ini tidak membantu emosi anak malah menyebabkan mereka lebih marah kerana mereka akan mengingat kembali punca mereka marah dan secara tidak langsung kita sedang membangkitkan kemarahan mereka. 3. Nasihat Anak-anak yang sedang marah, mereka hanya perlukan sentuhan dan rangsangan kita seperti pelukan dan ciuman. Memberi nasihat adalah cara yang baik tetapi tidak bersesuaian dengan situasi anak pada ketika itu. Apa yang boleh kita lakukan adalah senyap dan dengar luahan mereka. Cara ini melatih mereka untuk lebih memahami apa yang sedang berlaku dan cuba mengawalnya pada masa hadapan. Malah, ini membantu anak untuk lebih berani mengawal emosi mereka di khalayak ramai juga. Liyana Malek 7saatanakdengarkata.blogspot/
Posted on: Fri, 20 Sep 2013 09:22:50 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015