Anda di sini: Laman Utama | Nasional » Najib isytihar darurat di - TopicsExpress



          

Anda di sini: Laman Utama | Nasional » Najib isytihar darurat di Muar dan Ledang T K Letchumy Tamboo | Kemas kini: Jun 23, 2013 email comments Najib isytihar darurat di Muar dan Ledang KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengisytiharkan darurat jerebu bagi seluruh kawasan Muar dan Ledang berkuat kuasa serta-merta. Pengisytiharan itu dibuat selepas bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada pukul 7 pagi ini mendapati Muar mencatatkan paras kritikal iaitu 746. Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri G. Palanivel mengesahkan perkara ini dalam suatu mesej pesanan ringkas (SMS) kepada AstroAWANI. “Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk mengisytiharkan status darurat di Muar dan Ledang dengan serta merta,” katanya. Bacaan ini sudah dianggap sebagai kritikal dan boleh menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan kepada penduduk setempat. Semasa jerebu teruk yang berlaku pada tahun 1997, negeri Sarawak mencatat IPU 800 dan negeri itu diisytiharkan darurat jerebu selama hampir seminggu. Semasa jerebu pada tahun 2005 pula, pengisytiharkan darurat jerebu dibuat di seluruh kawasan Kuala Selangor dan Pelabuhan Klang selepas kedua kawasan tersebut masing-masing mencatatkan bacaan 531 dan 529. Read more at: astroawani/news/show/najib-isytihar-darurat-di-muar-dan-ledang-16954?cp
Posted on: Sun, 23 Jun 2013 06:26:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015