Anjakan Keempat: Merombak IPG. Kementerian berhasrat untuk - TopicsExpress



          

Anjakan Keempat: Merombak IPG. Kementerian berhasrat untuk mengubah IPG kepada universiti latihan guru bertaraf dunia menjelang 2020. Untuk tujuan tersebut, Kementerian akan menilai semula kurikulum latihan praperkhidmatan semasa bagi memastikan guru cukup bersedia untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi yang diperlukan oleh murid di Malaysia. Hal ini dilakukan dengan menambah peratusan masa praktikum kepada 40% untuk semua program. IPG juga akan menawarkan pelbagai program (diploma, ijazah pertama dan ijazah lanjutan) untuk memenuhi keperluan calon dengan pelbagai tahap pengalaman (lulusan baharu dan mereka yang bertukar kerjaya). Kriteria pengambilan pensyarah baharu akan diketatkan dan kemahiran pensyarah sedia ada ditingkatkan. APA PANDANGAN ANDA.
Posted on: Mon, 09 Sep 2013 13:37:51 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015