Antara Menuntut Ilmu & Solat Tarawih Berjamaah: Mana yang - TopicsExpress



          

Antara Menuntut Ilmu & Solat Tarawih Berjamaah: Mana yang Utama? Jawapan: Apabila berlaku pertembungan antara perkara yang wajib dengan yang sunat, maka dahulukan yang wajib. Dalam kes ini menuntut ilmu adalah wajib sementara solat tarawih adalah sunat. Maka susunlah kedua-dua perkara ini mengikut keutamaan (prioriti). Jika majlis ilmu itu bermula ketika tarawih, maka bolehlah solat tarawih ditangguhkan di sepertiga malam [di sini berlaku pertembungan waktu]. Tidak mengapa solat tarawih secara bersendirian kerana berjamaah bukanlah satu perkara yang wajib (sekadar afdhal). Dua manfaat yang anda perolehi dengan mendatangi majlis ilmu. Pertama memenuhi tuntutan agama agar umatnya sentiasa mencari ilmu dan kedua dengan ilmu yang ada, anda dapat melengkapkan lagi kefahaman anda terhadap ibadah yang bakal dikerjakan. Bukankah ibadah - termasuk solat tarawih - hanya dapat disempurnakan dengan berbekalkan kepada ilmu yang sahih?
Posted on: Sun, 14 Jul 2013 02:43:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015