Antara Review Set Bersalin Amway. [ credit to blog kasehku ] Teh - TopicsExpress



          

Antara Review Set Bersalin Amway. [ credit to blog kasehku ] Teh Herba : Rasa seperti air kunyit. Saya campur dengan madu so xder la teruk mane rasanya. Pil Lepas Bersalin 1 dan 2 : Dalam bentuk kapsul. So senang la nak makan. Keberkesanan? Tapi sepanjang berpantang ini saya rasa bertenaga dan sihat. Saya juga tiada masalah sembelit seperti berpantang Kaseh dulu. Boleh dikatakan thap kesihatan saya amat memuaskan lah. Herba Pembersih Wanita : Senang nak guna. Rendam je ngan air panas. Herba Mandian: Saya guna sampai habis. Saya mandi air panas yang direbus dalam periuk selama 30 hari. Masa mak saya ada, pagi saya mandi menggunakan herba ni. Dan sebelah petang saya mandi air rebusan pandan. Sampai gondol pokok pandan dalam pasu yang saya tanam dah 2 tahun. Sangat puas hati. Herba mandian ni bau xkuat sangat. Cara nak mandi air herba ni mulakan dengan kaki. test dulu tahap kesuaman. Then baru naik ke atas. Rasa fresh bila siram muka. Saya tak bilas dengan air biasa pun. Saya biar je. Tapi saya tak siram rambut sebab nanti kering lak rambut bila disiram dengan air panas. Bila nak basahkan rambut saya guna ait paip biasa je. Campuran Peramping Perut: Yang ni saya pakai malam je. Sebab bila dah kering herba ni akan berterabur kat lantai bila kita bangun. So kena do diam-diam. Keberkesanan? Saya tak berani juga nak jugde. Disebabkan tak panas bila disapu kat perut saya suke sapu dulu minyak herbanika NR the baru tempek campuran ini. Rasa panas-panas baru best. Sebagai ganti, pada waktu siang saya sapu: Krim Halia Mustajab. Saya sapu dipeha dan perut sebelum berbengkung. Best sebab panas. Dah habis saya beli Krim Halia Dunia Herbs. Pakai krim macam ni bengkung tak kotor so bleh pakai 2-3 kali baru basuh bengkung. Minyak Urut Herba : Bau best tapi tak panas. Melekit mungkin disebabkan nama pun MINYAK URUT. So untuk kesan panas saya guna minyak Herbanika NR. Memang terbaik. Panas dan bau yang best. Pantang hari ke 15 dah habis 1 botol. Campuran Penghangat Badan : Nama penghangat tapi saya tak rasa hangat pun. Tapi tukang urut saya sapu 1 badan sebab katanya berfungsi seperti scrup. Gosok 1 badan nak buang daki. Campuran Penenang : Pilis la sebenarnya. Sapu kat dahi. Ok la. Kadang-kadang saya sapu minyak herbanika je kat dahi kalau malas nak menampal kat dahi. Minyak Bayi : Masih digunakan untuk Awatif. Ok je. Bengkung : Terbaik. Sebab panjang. Boleh cover dari peha sampai bawah breast. Tukang urut saya ajar macamana nak pakai bengkung dengan betul. Masa kat perut tu tarik nafas sebelum tarik tali. Supaya perut kempis semasa kita tarik tali tu. Overall untuk set bersalin Amway ni, Sesuai untuk orang yang rajin dan tradisonal sebab pilis dan benda alah sapu2 tu tradisonal la. Sapa yang nak simple beli aje yang dalam bentuk krim. SAYA DAH DAPAT BERAT SEBELUM MENGANDUNG SELEPAS 30 HARI BERSALIN. (Mode bangga dengan diri sendiri) Mungkin disebabkan pil.. mungkin sebab pakai bengkung dan mungkin juga sebab pemakanan harian saya) Dan saya juga tidak sembelit untuk kali ni. Mungkin juga sebab pil atau mengkin juga sebab pemakanan saya. Mau taknya kalau air masak memang minum banyak. Oren and epal 4-6 biji 1 hari. Makan sawi rebus berulamkan nasi. Ouh 1 lagi saya nak tambah. Saya memang ada masalah bau badan. Masa berpantangkan Kaseh dulu saya rasa xnak orang dekat ngan saya. Dan kali ini pun sama juga. Mungkin sebab halia dan lada hitam yang mengeluarkan toksik2. So da masuk hari ke 30 ke atas saya lebih tumpu kepada membersihkan diri. Nak menyelesaikan masalah bau badan saya tanya pakcik Google pasal sabun herba. Terkeluarlah sabun ni. Sabun Mukjizat. Dah terjumpa tu saya beli la. Best. Sebab sabunnya ada tekstur kasar. So macam scrub la. Tengok reviewnya memang nampak best la. Bleh tanya pakcik google ye. Malas nak taip balik. Dan da 1 minggu saya guna, masalah bau badan saya setel. Secara keseluruhan saya berpuas hati dengan apa yang saya guna. Dengan budget y sederhana dan tidak berlebih-lebih. Diharap review ni dapat membantu ibu-ibu yang sedang consider set bersalin.
Posted on: Tue, 16 Jul 2013 04:44:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015