Antara petikan titah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak, - TopicsExpress



          

Antara petikan titah Duli Yang Maha Mulia Pemangku Raja Perak, Raja Nazrin Shah semasa ucaptama DiRaja bertajuk Gagasan Penyatupaduan Nasional yang sangat mendalam maksudnya. Renungi maksud yang tersirat; Institusi Raja adalah penerusan tradisi untuk mengekalkan identiti negara bangsa, satu lambang kedaulatan-payung mahkota negara. Ia mungkin pelita lama tetapi kekal memancarkan cahaya. Pelita lama jangan terlalu cepat mahu dibuang kerana riak melihat fajar yang sedang menyinsing. Ingatlah hari siang juga akan berakhir, jangan nanti bila senja mendakap malam, warga mula teraba-raba, hilang haluan diselubungi kegelapan malam, kerana pelita lamanya sudah tiada lagi. Kepada kita semua, hayatilah bait nasihat yang tersirat dalam titah baginda. Mari kita selusuri apakah kita telah melaksanakan tanggungjawab yang sewajarnya untuk menjaga keharmonian negara ini? Adakah apa yang berlaku kepada perpaduan negara ini pernah menjentik hati kita? Atau kita hanya memikirkan apa yang belum negara ini beri pada kita? Kerana baginda Raja Nazrin dalam sebaknya bertitah; Pada masa yang sama, orang Melayu wajib berusaha untuk mengiakan pengiktirafan Tan Siew Sin, bahawa Melayu adalah bangsa yang pintar dan bermaruah, bahawa Melayu memiliki harga diri dan digniti Tanyalah pada hati..
Posted on: Tue, 12 Nov 2013 02:59:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015