Anwar gagal rayuan panggil semula saksi MAR 05, 2014 - TopicsExpress



          

Anwar gagal rayuan panggil semula saksi MAR 05, 2014 HARAKAHDAILY PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan semalam membenarkan permohonan pihak pendakwaan membatalkan rayuan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memanggil semula bekas pegawai penyiasat polis untuk memberi keterangan tambahan dalam kes liwatnya. Ini membuka jalan bagi Mahkamah Rayuan untuk mendengar, seperti dijadualkan, pada 6 dan 7 Mac rayuan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar atas dakwaan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang 26 Jun, 2008. Pada 12 Feb Mahkamah Rayuan menolak permohonan Anwar untuk memanggil semula Supt Judy Blacious Pereira dalam kes liwatnya berhubung isu kewibawaannya. Panel lima Hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tan Sri Suriyadi Halim Omar, dalam keputusan sebulat suara, berkata keputusan Mahkamah Rayuan adalah betul dan bahawa permohonan kedua Anwar bukan permohonan yang boleh dirayu mengikut tafsiran Seksyen 3 Akta Mahkamah Kehakiman 1964. Hakim Suriyadi berkata mahkamah tertinggi bersetuju dengan penghujahan pihak pendakwaan, yang diketuai Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah, bahawa keputusan Mahkamah Rayuan tidak melupuskan hak responden. Rayuan itu tidak cekap memandangkan perayu tidak dihalang sepenuhnya, demikian diputuskan Hakim Suriyadi. Empat anggota panel hakim yang lain ialah Tan Sri Ahmad Maarof, Datuk Hasan Lah, Datuk Ramly Ali dan Datuk Abu Samah Nordin. Kelmarin, Anwar gagal dalam cubaan ketiga di Mahkamah Rayuan bagi menggugurkan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan atas alasan bahawa peguam kanan itu seorang yang tidak sesuai dan wajar untuk menerima pelantikan memandangkan dia didapati bersalah dan didenda RM5,000 oleh Lembaga Disiplin Peguambela dan Peguamcara kerana melangar Akta Profesion Undang-undang. Anwar pertama kali mencabar kesahihan pelantikan Muhammad Shafee mengikut Kanun Acara Jenayah tetapi ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 Sept tahun lepas. Mahkamah Persekutuan turut menolak rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 20 Nov tahun lepas. Permohonan keduanya untuk melucutkan kelayakan Muhammad Shafee, berdasarkan akuan bersumpah bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim, turut ditolak Mahkamah Rayuan pada 20 Dis tahun lepas. Rayuannya di Mahkamah Persekutuan turut ditolak pada 11 Feb tahun ini. Muhammad Shafee dilantik oleh Peguam Negara secara fiat (autoriti beliau) mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Acara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk mengendalikan rayuan di Mahkamah Rayuan. - Bernama bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/26134-anwar-gagal-rayuan-panggil-semula-saksi
Posted on: Wed, 05 Mar 2014 20:03:17 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015