Apa Itu Penyakit TIROID (Thyroid) TIROID adalah satu kelenjar - TopicsExpress



          

Apa Itu Penyakit TIROID (Thyroid) TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan. Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah. Terdapat 2 jenis hormon tiroid iaitu tiroksin(T4) dan triodotironin (T3). Selain berfungsi mengeluarkan hormon tiroid, terdapat beberapa fungsi lain yang dijalankan oleh kelenjar tirod. Antaranya: mengekalkan kadar tubuh dengan menggunakan karbohidrat dan lemak membantu mengawal suhu tubuh badan mermpengaruhi kadar degupan jantung dan membantu mengawal penghasilan protein. Kalenjar tiroid juga menghasilkan kalsitonin iaitu sejenishormon yang mengawal jumlah kalsium dalam darah. Jenis Penyakit Tiroid Hypertiroidism / Tirotoxicosis - dalam kes ini hormon tiroid T3 dan T4 didapati lebih tinggi daripada orang biasa. Antara penyebab penyakit ini adalah: 1. Grave disease: Antibodi di dalam badan menyebabkan tiroid membesar dan mengeluarkan lebih hormon, Selalunya semua atau sebahagian besar sel tiroid orang yang menghidapi penyakit ini mengeluarkan hormon berlebihan. Tiroditis atau tiroid bengkak: Selalunya keadaan ini boleh elok sendiri Toxic nodule goitre: terlalu banyak iodine di dalam makanan 2. Hypotiroidisim Orang yang menghidap hypothyroidism pula tidak mempunyai hormon tiroid yang cukup. Tanda-tanda: Hypertiroidism Memiliki keringat berlebih Mengalami penurunan berat badan meski nafsu makannya normal Gemetar Gelisah, mudah panik dan lekas marah Tidaktoleransi terhadap udara panas Mudah lelah Konsentrasi berkurang Mata melotot (seperti mau keluar) Menstruasi yang tidak teratur atau terlalu sedikit Detak jantung yang tidak beraturan atau lebih cepat Kelemahan otot yang terjadi di lengan atas dan paha Insomnia Hypotiroidisim Kelelahan Tidaktoleransi terhadap udara dingin Kulit serta rambut yang kering dan kasar Tingkat kolesterol meningkat Denyut jantung dan konsentrasi menurun Rasa sakit atau nyeri yang samar-samar Kenaikan berat badan yang tidak diketahui penyebabnya Sembelit Otot kram Sering mengalami keguguran Petua Rawatan: 1. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan iodin seperti ikan air masin dan rumpai laut. 2. Mengurangkan kobis, turnip, kacang tanah dan mustard yang menghalang penggunaan iodin oleh badan. 3. Memperbanyakkan makanan yang kaya dengan vitamin B seperti ikan, bijirin dan benih untuk mengatasi masalah kehilangan berat badan. 4. Makanan kaya protein seperti ikan dan telur untuk penggantian tisu otot dalam kes kehilangan berat badan yang serius. 5. Mengurangkan rokok, alkohol dan kafein yang dapat meningkatkan kadar metabolisme.
Posted on: Thu, 04 Jul 2013 04:53:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015