Apa itu glaucoma? Glaucoma merupakan sejenis penyakit saraf - TopicsExpress



          

Apa itu glaucoma? Glaucoma merupakan sejenis penyakit saraf mata., iaitu saraf optic “optic nerve”. Optic nerve secara semulajadinya akan menerima impuls daripada cahaya di retina dan akan menghantar impuls tersebut ke bahagian otak yang membolehkan kita sebagai manusia dapat melihat objek tersebut. Glaucoma dicirikan sebagai penyakit saraf optic yang biasanya dimulai dengan symptom kehilangan daya penglihatan pada bahagian peripheral. Jika ianya tidak dirawat, glaucoma boleh menyebabkan kesan yang lebih serius termasuk kehilangan deria penglihatan keseluruhannya. Apa punca-puncanya? Glaucoma boleh disebabkan oleh beberapa sebab. Antara yang paling kerap ialah meningkatnya tekanan (pressure) di dalam mata yang seterusnya merosakkan saraf mata (optic nerve).Seperti yang telah dibincangkan sebelum ini, optic nerve merupakan saraf utama bagi mata untuk penglihatan.Bentuk bulat bebola mata berjaya dikekalkan dengan wujudnya tekanan yang di dalam bebola mata, di mana nilai normalnya ialah antara 8mm sehingga 22mm of mercury. Apabila tekanan berada pada nilai yang terlalu rendah, bebola mata akan menjadi lebih lembut, manakala peningkatan tekanan di dalam mata akan menyebabkan ianya lebih keras. Optic nerve merupakan bahagian di dalam mata yang paling mudah untuk rosak disebabkan oleh peningkatan tekanan ini. Terdapat beberapa golongan dan individu yang mempunyai risiko untuk menghidap glaucoma, antaranya ialah 1. Faktor keturunan 2. Usia lebih 45 tahun 3. Kencing manis (diabetes) 4. Pernah mengalami kecederaan di dalam mata 5. Penggunaa ubat cortisone (steroid)
Posted on: Thu, 18 Jul 2013 10:24:54 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015