Apa kata protege kami tentang kelas ini Masa yang sangat - TopicsExpress



          

Apa kata protege kami tentang kelas ini Masa yang sangat fleksibel. Ketika memasuki kelas ini awalnya, saya merasakan sangat tertekan. Laptop rosak. Komputer rosak. Saya hanya ada Blackberry yang saya gunakan untuk melayari FB. Setiap hari, saya terkocoh-kocoh ke PPAS. Membina blog, mencantikkannya ditambah pula pada ketika itu ada manuskrip yang perlu saya kemaskan untuk dihantar kepada editor. Menggunakan BB untuk memasukkan entri memang menyakitkan hati, malah menaikkan angin kumulus nimbus tertimbus! Saya gunakan pula telefon jenama Samsung milik anak, alhamdulillah. Entri boleh diposkan tetapi siksanya menaip umpama menggunakan batang balak sebagai pen di atas sekeping kertas A4! Gambarnya pula lintang pukang sehingga saya ditegur cikgu. Tertekan sungguh. Masuk minggu kedua, omak pulang ke kampung. Si kecil dua orang tiada pula pengasuh. Separuh hari saya digunakan pula mengasuh anak saudara yang keletah dan manja itu. Begitupun, oleh kerana tiada kekangan masa, semasa mereka tidur lebih kurang dua jam, saya bergelut menaip entri sambil memasak. Tanyalah cikgu saya. Sambil mengupas kunyitpun saya masih berada di kelas Asas Blog. Kelas terbuka kepada sesiapa sahaja. Tiada batasan masa, ikut kelapangan masa masing-masing dan tempoh menyiapkan tugasan terpulang pada masa masing-masing. Tiada sempadan dalam berguru walau sedang berada di negeri lain, Lelaki dan wanita semuanya boleh belajar. Ilmu dan langkah membuat blog bagi penulisan atau perniagaan online ini adalah untuk semua PENDAFTARAN OKTOBER BERLANGSUNG. TINGGAL 2 HARI SAHAJA LAGI UNTUK REBUT KELAS BAGI SESI OKTOBER. TEMPAH DULU, BOLEH BELAJAR BILA SUDAH SEDIA. HUBUNGI SAYA Anys Idayu Zakaria UNTUK SESI PENDAFTARAN.
Posted on: Wed, 30 Oct 2013 06:49:04 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015