Apa yang best sangat pakai Medela Freestyle jika dibandingkan - TopicsExpress



          

Apa yang best sangat pakai Medela Freestyle jika dibandingkan dengan pam elektrik yang lain? 1. Sebab portable dan battery operated. Jadi, saya boleh bawak pam ni ke mana-mana sahaja tanpa perlu risau untuk cari plug. Macam cas bateri handphone jer..Skali cas penuh..boleh lah bertahan 4-5 hari..bergantung kepada kekerapan kita mengepam lah. 2. Saiz kecil dan ringan. Yes..saiznya sebesar tapak tangan jer..Biasa saya letak skali dengan cooler bag jer. 3. Mempunyai handsfree kit. Disebabkan adanya handsfree kit inilah yang menyebabkan ibu boleh mengepam tanpa mengganggu aktiviti harian..masih boleh bekerja seperti biasa..kerja ofis lah..kalau tunduk semua..nanti tumpahlah susu..hehe ;p Saya memang setiap kali nak mengepam memang akan pakai handsfree kit sebab sambil menyediakan slide/bahan untuk mengajar..sambil mengepam. Cukup masa..penuh botol :) Pam pun hanya sangkut je kat pinggang dengan menggunakan belt yang disediakan. Mudah & tak menyusahkan pun. Yang penting..kerja tetap berjalan seperti biasa. 4. Ada timer. Jadi mudah untuk setkan masa berapa lama nak pam. Lagi-lagi kalau buat power pumping.. 5. Heavy duty. Pendapat saya, jika ibu berhajat untuk menyusukan bayi sepenuhnya, carilah pam yang heavy duty..pam yang tahan lasak. Sebab kita akan guna setiap hari dan kerap buat power pumping semua. Kalau guna pam elektrik yang biasa, memang cepat rosak lah motor tu. Bab heavy duty ni..kalau ibu memang tak ada budget untuk dapatkan medela freestyle, boleh je guna breastpump yang manual..memang tahan lasak. Dulu saya pengguna Manual Avent..tapi disebabkan kekangan masa waktu bekerja saya bertukar kepada freestyle. Skang ni Medela Freestyle saya dah pun berusia 4 tahun :) Alhamdulillah masih dalam tip top condition. Sangatlah membantu saya yang kejar masa untuk mengepam dan mengajar. So, tiada lagi alasan untuk ponteng kerja ya! :) Itu sahaja perkongsian saya kali ini..nantikan entry seterusnya mengenai breastfeeding.
Posted on: Thu, 17 Oct 2013 09:31:56 +0000

Trending Topics



iv>
“Only once in your life, u truly believe, you find someone who
Parents with special needs children .... (( Awareness )) yesterday
Khub priyo ganer ei kothagulo gungun korchi onekkhon
MANAGEMENT VS ENGINEERING..... A man in a hot air balloon
Last Chance to Register for April 16 Webinar—Navigating Care

Recently Viewed Topics




© 2015