Apa yang menanjadi kebanggaan pada Manusia ialah Orang yang - TopicsExpress



          

Apa yang menanjadi kebanggaan pada Manusia ialah Orang yang PERTAMA. kerana menjadi PERTAMA diingat sejarah. Menjadi PERTAMA, kemasyhuran di Dunia. Maka apabila ISLAM ini telah disempurnakan MANHAJnya 1400 tahun dahulu. Masih juga di kalangan Pemeluknya mahu menjadi yang PERTAMA menambahkan kesempurnaannya. Sedangkan Sesuatu yang sempurna tidak perlu ditambah atau dikurang untuk menjadi Sempurna. Hari ini, apabila dalam Pendekatan Politik Semasa. DEMOKRASI dikatakan sebagai perkara baru dalam ISLAM. Maka berdebatlah apakah DEMOKRASI HARAM atau HALAL atau BIDAAH atau sesuatu yang boleh MENYEMPURNAkan ISLAM di akhir zaman? Sedar atau tidak, cara pandangan kita terhadap realiti semasa dan dasar Manhaj ISLAM telah lari dari memandang ISLAM sebagai AGAMA/ADDIN yang telah sempurna. Apabila ini berlaku, maka dengan tidak teragak-agak kita telah terjerumus ke lembah Bidaah dalam beragama. Kita mula meneroka untuk JADI yang PERTAMA menemui KAEDAH baru supaya ISLAM ini Disempurnakan di akhir zaman ini? Benarkah begitu? Ataupun kita yang kurang pengetahuan atau kefahaman terhadap dasar-dasar ISLAM yang melingkari Kehidupan? ISLAM agama Dakwah dan Agama yang hidup dengan sempurna semenjak disempurnakan Oleh ALLAH melalui RAsulullah SAW. Kesempurnaan inilah yang MENJADI IMAN dan KEYAKINAN kepada para sahabat, generasi berikutnya Membina TAMADUN ISLAM yang cukup lama walaupun dihempas badai yang kuat di tengah-tengah kemegahan tamadunnya. DEMOKRASI hanyalah Nama bagi satu kumpulan peraturan yang menjadikan ia sistem politik masakini. Manakala ISLAM pula sudah lengkap sebagai Manhaj Kehidupan untuk penganutnya. DEMOKRASI tidak akan mennyempurnakan ISLAM yang sudah Sempurna, sebaliknya ISLAM lah yang akan memandu hidup Manusia bagaimana hidup dalam arus semasa yang dilingkungi oleh sempadan DEMOKRASI. Maka, ISLAM telah menunjukkan pendekatan bagaimana berdakwah dan bersiasah dalam lingkungan muwajahah Silmiah. Sunnah Rasulullah SAW ketika di MEkah, dan ketika 3 tahun terakhir mencari sokongan di Mina, arafah dan Mudzalifah, menunjukkan Prinspi yang harus ditekuni setiap Muslim bagaimana berhadapan dengan Cabaran Demokrasi Moden. ISLAM tidak perlu dilonggarkan atau diketatkan dengan sesuka hati. Setiap kelonggaran dan kekangan yang didasari ISLAM perlu dilihat kepada syarat-syarat ISLAM yang telah menjadi panduan Manusia sejak 1400 tahun Dulu. PANDUAN yang SEMPURNA yang telah memberi bukti kejayaan umat-umat terdahulu. Pandangan ISLAM sudah SEMPURNA harus diyakini dengan AMAL yang SEMPURNA.
Posted on: Sun, 01 Dec 2013 08:42:02 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015