Apa yang saya dapat daripada kelas ini? 1. Sillaturrahmi - - TopicsExpress



          

Apa yang saya dapat daripada kelas ini? 1. Sillaturrahmi - itulah rahmat dan rezeki yang tidak ternilai. Guru dan sahabat sekelas merangkap kakak dan adik-adik yang sangat bermotivasi. Sangat merendah diri, sentiasa berkongsi maklumat dan tidak kedekut ilmu. Saya bertemu dengan khalayak rangkaian yang lebih besar, yang saling bahu-membahu di antara satu sama lain. Ya, pada asasnya kami bersaing. Cuba memberikan yang terbaik. Tetapi teknik persaingan dengan merapatkan saf sillaturahmi dengan mengenepikan segala perasaan negatif itulah menjadi harapan semua orang. Persaingan yang menjadikan kita sentiasa sayang-menyayangi seperti keluarga. Persaingan yang perlu dikukuhkan kerana di sini saya menyaksikan para peniaga Cina berjaya merealisasikan impian mereka dengan bersatu. 2. Keyakinan diri - entah, ini juga rezeki batin yang tidak dapat dilihat oleh sesiapa. Saya merasakan aura Pn. Masayu Ahmad sudah meresap sedikit demi sedikit. Selama ini saya mengintai dari jauh kekuatan semangat wanita Kelantan ini. (ini bukan bodek, meminjam semangat!) 3. Peluang perniagaan - pernah saya katakan pada cikgu saya. Saya memang fobia dan trauma untuk berniaga lagi. Saya begitu takutkan rejection. Saya takut gagal! Tetapi, memasuki kelas Asas Blog ini memberitahu saya, untuk berjaya harus bersabar. Kesabaran daripada berniaga itu ada ganjarannya. Dari Rafi’ bin Khadij radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Ada seseorang bertanya, “Penghasilan apakah yang paling baik, Wahai Rasulullah?” Beliau jawab: عمل الرجل بيده وكل بيع مبرور “Penghasilan seseorang dari jerih payah tangannya sendiri dan setiap jual beli yang mabrur.” (HR. Ahmad di dalam Al-Musnad no.16628) 5. Ilmu - saya mempunyai blog sebelum ini. Bagaimanapun tidak mempunyai ilmu khusus melainkan dengan melihat-lihat dan bertanya-tanya pada sesiapa yang sudi menjawab. Di kelas blog ini, segala persoalan saya dijawab oleh guru yang berpengalaman dan mahir dengan selok belok penghasilan blog.Selain itu, rangkaian guru-guru dan sahabat-sahabat di dalam jaringan Akademi Bekerja Di Rumah mempunyai blog-blog yang hebat yang boleh dipelajari. Penting sekali, ada masa untuk bersiar-siar di blog. Whoops, jangan sampai anak menangis kita biarkan. 6. Masa - Masa yang sangat fleksibel. Ketika memasuki kelas ini awalnya, saya merasakan sangat tertekan. Laptop rosak. Komputer rosak. Saya hanya ada Blackberry yang saya gunakan untuk melayari FB. Setiap hari, saya terkocoh-kocoh ke PPAS. Membina blog, mencantikkannya ditambah pula pada ketika itu ada manuskrip yang perlu saya kemaskan untuk dihantar kepada editor. Menggunakan BB untuk memasukkan entri memang menyakitkan hati, malah menaikkan angin kumulus nimbus tertimbus! Saya gunakan pula telefon jenama Samsung milik anak, alhamdulillah. Entri boleh diposkan tetapi siksanya menaip umpama menggunakan batang balak sebagai pen di atas sekeping kertas A4! Gambarnya pula lintang pukang sehingga saya ditegur cikgu. Tertekan sungguh. Masuk minggu kedua, omak pulang ke kampung. Si kecil dua orang tiada pula pengasuh. Separuh hari saya digunakan pula mengasuh anak saudara yang keletah dan manja itu. Begitupun, oleh kerana tiada kekangan masa, semasa mereka tidur lebih kurang dua jam, saya bergelut menaip entri sambil memasak. Tanyalah cikgu saya. Sambil mengupas kunyitpun saya masih berada di kelas Asas Blog. Kerana itu, saya merasakan kelas ini sangat istimewa. Selain daripada idea spontan saya menghantar mesej kepada Puan Masayu bertanyakan tentang kelas ini, saya rasakan mereka yang ada di sekeliling saya sekarang membawa rahmat dengan izin-Nya. akademibekerjadirumah.blogspot/2013_09_01_archive.html _________________________________________________ Dua kelas masih berlangsung: 1. Kelas asas blog dan penulisan Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan penulisan. a.. Menulis cara santai, tetapi masih lagi mengekalkan Bahasa Melayu formal. Ini salah satu cara menarik minat pembaca suka dan datang lagi ke blog. b. Bina tapak awal memperkenalkan diri kepada pembaca/bakal pelanggan. c. Belajar menulis dan latihan menulis untuk dapatkan momentum. d. Teknik tulisan yang mempengaruhi pembaca datang dan datang lagi. e. Bergabung dengan lebih rami blogger-lebih 100 blog dalam akademi, untuk membantu aliran trafik ke blog. f.Ramai yang mahu bermula tetapi tidak tahu cara, menulis boleh dilatih jika tahu teknik yang betul. g. Mengetahui teknik yang betul, apa yang kita suka tulis dan cara konsisten untuk terus aktif menulis di blog. h. Sudah ada blog, tetapi sudah tidak ada idea untuk meneruskan usaha berblog. Jika kalian berada dalam salah satu kategori di atas, boleh sertai kami dalam kelas asas blog dan penulisan. Analisa dahulu sebelum masuk kelas. Boleh pm atau mesej inbox apabila sudah bersedia. 2. Kelas asas blog dan fan page Apa yang kita belajar dalam kelas asas blog dan fan page (mula bisnes) a. Kelas ini khusus bagi suri rumah yang benar-benar zero tentang urus niaga secara online. b. Mahu mula tetapi tidak tahu cara. c. Mahu mula tetapi tidak ada produk. Kami menyediakan beberapa produk pilihan, produk sunnah, buku, pakej ebook, ruang periklanan. Juga peluang sebagai pembantu kelas di akademi bekerja di rumah. d. Kelas ini sesuai untuk belajar menjana pendapatan awal RM10, kemudian tingkatkan lagi, RM20, RM50, RM100 begitulah seterusnya (ini adlaah tertakluk kepada usaha yang konsisten daripada peserta. e. Kelas ini juga sesuai untuk suri yang sibuk, surirumah sepenuh masa, suri bekerjayaa yang mahu buat secara sambilan. Ini adalah langkah awal, kami sediakan berdasarkan permintaan demi permintaan. f. Apabaila sudah pandai, boleh belajar lagi dengan otai-otai pemasaran yang lain. juga bina jaringan bisnes secara online. g. Apa yang kita belajar di dalam kelas ini. Analisa dahulu untuk kenalpasti apa produk yang sesuai/minat/pengalaman. Belajar buat blog kedai online, belajar menulis konsisten, belajar buat borang tempahan, jenis-jenis entri, belajar buat pan page, belajar buat pautan, belajar buat pautan antara blog untuk aliran trafik. h. Untuk mula, kita analisa dahulu, pm saya sekarang atau mesej di inbox. Pendaftaran adalah setiap hari.
Posted on: Mon, 28 Oct 2013 00:18:12 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015