Apabila agama dilihat dalam neraca sentimen,maka ia mencetuskan - TopicsExpress



          

Apabila agama dilihat dalam neraca sentimen,maka ia mencetuskan perpecahan.. Bila agama ditafsir menurut fahaman peribadi,maka akan terhapuslah keluhuran budi.. Seringkali agama disampaikan hanya berdasarkan prasangka,maka perbalahan sudah dijangka.. Agama diletakkan dalam ruang yang tiada padanya nilai ilmu,penghujungnya orang merasa semakin jemu.. Sekali meletakkan agama itu hanya benar dalam kumpulan tertentu,terimalah nanti penganut yang berfikiran tepu.. Bila mana agama disandarkan pada tok syeikh yang seolah-olah padanya tiada dosa,jadilah agama seperti entiti yg tidak bernyawa.. Ubahlah cara kita berfikir.. Perbaharuilah manhaj kita dalam beragama.. Buanglah segala sikap taksub yg berakar dalam diri.. Ingatlah hakikat bahawa agama adalah mudah yg jangan disusahkan.. Padamkan segala jenama yg sengaja diletakkan pada agama yang hanya mengelirukan membuat masyarakat menjadi bercelaru.. Kembali kepada manhaj Rasulullah,para sahabat & generasi salafussoleh yang tegar memelihara warisan agama agar ia tidak tercemar dan terkotor dek tangan-tangan jahiliyah.. KEMBALI KEPADA AGAMA DENGAN NERACA WAHYU DAN KEBIJAKSANAAN...
Posted on: Fri, 22 Nov 2013 09:08:56 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015