Apabila kita membaca, berfikir dan berbual tentang topik-topik - TopicsExpress



          

Apabila kita membaca, berfikir dan berbual tentang topik-topik tinggi berbentuk falsafah, ekonomi, etika dan peradaban, memang kita langsung tidak punya selera untuk memandang, apatah lagi mendengar diskusi tentang topik cinta dan rumahtangga. Apatah lagi dalam suasana hari ini, topik cinta telah diperbodohkan dengan pelbagai konsep merapu, terutamanya di kampus-kampus, bersama penceramah-penceramah yang merimaskan. Saya juga sudah bersara daripada membicarakan. Saya berhenti bercakap tentang cinta bukan kerana saya menyesal menghasilkan buku Aku Terima Nikahnya dan menyampaikan ratusan ceramah berkaitan dengannya suatu ketika dahulu. Saya berhenti kerana dosnya sudah berlebihan. Namun nasihat saya kepada anak-anak muda yang berpemikiran canggih, jangan berlebihan mengangkuhkan diri terhadap persoalan cinta dan pengurusan rumahtangga. Apabila konflik rumahtangga timbul, isteri merajuk menangis, mertua buat hal, berbalah adik beradik, anak meragam tak kena masa, semua falsafah yang kita belajar akan hanya termenung di tepi gelanggang. Dan akhirnya OTOKRASI TEOKRATIK sahaja penyelesaian yang sempat dicapai tangan. Bersederhanalah dalam segalanya.
Posted on: Sun, 27 Oct 2013 13:10:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015