Apabila kita menyebut Ramadhan, ramai dalam kalangan kita yang - TopicsExpress



          

Apabila kita menyebut Ramadhan, ramai dalam kalangan kita yang teruja. Keterujaan itu datang dalam pelbagai sudut, bergantung kepada yang empunya diri. Secara umumnya, ramai yang membayangkan bahawa bulan ini adalah peluang untuk menikmati pelbagai makanan dan kuih-muih di bazar Ramadhan yang ada dipelbagai ceruk.Bukan itu sahaja, pihak hotel turut menawarkan pelbagai pakej untuk menarik orang ramai berbuka puasa di premis mereka. Untuk Ramadhan sahaja, ribuan lesen berniaga sementara telah dikeluarkan. Bagi peniaga, bulan ini merupakan bulan rezeki kerana pendapatan dijangka meningkat berkali ganda.Hakikatnya yang berlaku pada hari ini ialah kita banyak menghabiskan wang untuk membeli makanan. Sepatutnya, ketika bulan puasalah kita mempunyai lebihan wang kerana tidak lagi perlu berbelanja untuk sarapan, makanan tengah hari, minum petang dan makan malam. Sebaliknya yang berlaku ialah perbelanjaan pada bulan Ramadhan telah meningkat berbanding bulan biasa.Sepatutnya dalam bulan yang berkat ini kita kurangkan makan, banyakkan solat sunat, banyakkan bersedekah, dan apa-apa yang berkaitan. Barulah kita dapat merasakan keberkatan berpuasa. Berbukalah dan bersahurlah dalam keadaan yang sederhana – jangan membazir makananMarilah kita bersama-sama menjadikan Ramadhan kali ini sebagai Pesta IBADAT, BuKan Pesta MAKAN! In Sha Allah
Posted on: Sat, 20 Jul 2013 03:05:35 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015