Apakah 8 tanda-tanda hampir bersalin?? 1. Engaged (atau pun baby - TopicsExpress



          

Apakah 8 tanda-tanda hampir bersalin?? 1. Engaged (atau pun baby sudah masuk laluan) Apabila kita pergi checkup mesti gynae akan ckp kan sama ada baby dah engaged atau belum...Untuk 1st time mama selalunya baby akan engaged awal dalam 2-4 minggu sebelum EDD ya..dan mama akan dpt rasa bahagian atas "kosong" dan semakin berat di bawah. 2. Kerap Membuang Air Kencing Ketika bayi sudah "masuk laluan" kepala baby akan berada dekat dengan pundi kencing dan akan menekan pundi kencing...orang tua-tua cakap kalau makin kerap kencing tu rambut baby lebat 3. Sakit belakang di bahagian pinggang ke bawah Ligamen rahim dan pelvis semakin meregang untuk proses kelahiran nanti dan baby juga semakin berat di bawah. 4. Kontraksi Braxton-Hicks Perut mula mengeras pada waktu-waktu tertentu dan kadangkala rasa seperti senggugut ketika datang bulan. Kontraksi Pra-Kelahiran ini tidaklah sekuat dan sekerap kontraksi sebenar ketika kelahiran nanti. Dan mama boleh kurangkan ketidakselesaan atau kesakitan ini dengan menukar posisi contohnya kalau ketika itu anda sedang berdidir, cuba duduk atau cuba berbaring. 5. Cirit-Birit Hormon kelahiran juga dipercayai dapat bertindak pada usus dan boleh menyebabkan kekejangan abdomen. Hormon kelahiran juga boleh membuatkan anda loya. 6. Keputihan Terdapat lendir dan lelehan pekat. 7. Keluar lendir pekat dan pendarahan (Show) Kepala baby turun dalam rongga pelvis boleh menyebabkan Pluk Mukus tertanggal. Pluk Mukus ini menghalaang sebarang kemasukan bendasing ke dalam serviks dan menghalang sebarang jangkitan kuman kepada baby. 8. Pecah Ketuban Hanya 1 dari 10 ibu hamil yg mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Bagi mama yg telah pecah ketuban sebaiknya segera ke hospital lebih-lebih lagi jika air ketuban berwarna merah atau hijau kerana dikhuatiri baby mungkin lemas atau mendapat jangkitan. Tengku Adlezan cu baca yang no7....xsabar ase mumy sha nk tgk baby kuar...kuar dgn selamat k dear...
Posted on: Fri, 02 Aug 2013 15:43:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015