Apakah sumber makanan yang terbaik? Makanan yang kaya dengan - TopicsExpress



          

Apakah sumber makanan yang terbaik? Makanan yang kaya dengan folat adalah sangat baik bagi anda dan bayi anda. Makanan ini juga kaya dengan pelbagai khasiat yang diperlukan oleh anda berdua. Berikut adalah makanan yang kaya dengan folat: Makanan berikut mengandungi 100–200 mikrogram folat bagi setiap hidangan: bayam, 1 cawan; kacang bendi, setengah cawan; asparagus, setengah cawan; lentil, setengah cawan; hati, 1 keping; 11 batang taugeh brussels; kacang mata hitam, 4 sudu makan; emping bran, 7 sudu makan; germa gandum, 25g / 1 aun; betik sederhana besar. Makanan berikut mengandungi 50–100 mikrogram folat bagi setiap hidangan: brokoli kukus, 2 pucuk; buah oren saiz besar; nasi putih, setengah cawan; oat, setengah cawan; kacang merah, setengah cawan; jagung saiz besar, 1; biji bunga matahari, 1 aun. Sumber lain yang mudah didapati termasuklah telur rebus bersaiz besar, ikan salmon dalam tin dan ubi kentang tidak dibuang kulit. Ingatlah bahawa asid folik dalam makanan akan musnah jika terlebih masak, jadi masaklah dalam kuali bertutup dengan sedikit air sahaja. Cuba makan sayur-sayuran yang dicelur sebentar atau dimasak menggunakan ketuhar gelombang mikro ataupun mentah.
Posted on: Sun, 28 Jul 2013 03:53:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015