Assalamaualaikum, Untuk Maklumat seluruh penggiat Seni Tanah Air - TopicsExpress



          

Assalamaualaikum, Untuk Maklumat seluruh penggiat Seni Tanah Air yang telah mendaftar di bawah Persatuan Seniman Malaysia, Sila menyemak Kad Diskaun 1 Malaysia anda di talian 03-41055442 (PEJABAT SENIMAN SETIAP HARI ISNIN HINGGA JUMAAT JAM 9.30 PG - 5.30 PETANG) untuk Kad Keahlian dari Nombor A 0001 hingga A 3594 boleh buat semakan di atas talian sebelum mengambil kad tersebut di Pejabat Seniman. Info : Kad Diskaun 1 Malaysia ini, boleh digunakan di 2,000 premis berdaftar dibawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Dengan andanya Kad ini dapat membantu artis, khususnya dalam menampung kos sara hidup termasuk keperluan asas, perubatan, pengangkutan, penginapan dan pelbagai lagi kemudahan lain. Sekian, terima kasih - ADMIN "ANAK SENI PEWARIS BUDAYA, SENIMAN RAKYAT UNTUK NEGARA"
Posted on: Tue, 01 Oct 2013 02:19:19 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015