Assalammualaikum wbt & salam sejahtera. Sesungguhnya - TopicsExpress



          

Assalammualaikum wbt & salam sejahtera. Sesungguhnya kepelbagaian pilihan untuk pencegahan dan rawatan penyakit adalah rahmat dari ALLAH swt kepada hambaNYA. Baik perubatan moden secara klinikal, ruqyah perubatan Islam,, akupuntur, herba, ayuveda, latihan pernafasan, colour vibration therapy, supplements,termasuk kaedah bekam pada HAKIKAT NYA ia adalah ilmu ALLAH swt yang dikurnia kepada hambaNYA yang terpilih untuk disampaikan kepada manusia lain bagi tujuan dimanfaatkan. Moga-moga dengan sihat fizikal dan mental maka makin menjadikan insan berkenaan taat, syukur dan fokus dalam ibadah kepadaNYA. Bagaimanapun saya berpendapat pemilihan kaedah rawatan perlu mengikut keadaan penyakit. Sekiranya tuan puan patah tangan kaki atau tendon putus wajarlah ke hospital untuk dilakukan pembedahan. Sekiranya masalah yang bersifat spiritual mungkin boleh ke Darul Syifa untuk diruqyah dan sebagainya. Sekiranya tuan puan berasa sihat segalanya namun ingin mengekalkan tahap kesihatan pada aras optimum eloklah tuan puan melaksanakan terapi bekam. Ini kerana terapi bekam akan mengeluarkan toksin termasuk darah kotor yang sudah expired, melancarkan aliran darah daripada sebarang sumbatan di salur darah, meransang berbilion saraf yang kompleks di dalam tubuh agar berada di tahap optimum termasuk membaiki fungsi 12 sistem badan antaranya sistem circulation, endokrin, respiratori, immun, nervous, penghadaman dan sebagainya. Oleh itu tidak hairan adanya hadis tentang pembekaman pada hanya 1 titik tengkuk mampu merawat 72 penyakit. (Rujuk photo) Juga tidak dihairan mengapa terapi bekam adalah satu-satunya kaedah perubatan yang diberi nasihat oleh malaikat kepada Rasulullah saw di setiap pintu langit sewaktu malam Isra dan Mikraj. Sesungguhnya hanya perkara yang istimewa sahaja yang dipesan di langit dan bukan di bumi. Sepanjang pengalaman sebagai pengamal terapi bekam banyak kes menunjukkan terapi bekam amat efektif untuk membaiki kualiti diri individu dari segi fizikal, mental yang lebih fokus dan juga mengharmonikan keadaan spiritual. INSYAALLAH. Oleh itu terapi bekam yang telah lama terpinggir dari main stream medical treatment masyarakat di negara ini terutama di kalangan orang Melayu perlu dihebohkan dan diamalkan kembali. Sekiranya anda telah bertahun makan ubat tetapi belum juga pulih adalah afdal anda beralih cara rawatan. Logik akal yang waras sewajarnya jika sesuatu itu dinamakan ubat sepatutnya untuk tujuan memulihkan. Tambahan jika barang yang dinamakan ubat itu sebenar adalah controlled drug/dadah terkawal. Apa makna ini? Pilihan di tangan anda....anda ada pilihan sebenarnya. Rawatan kepada masalah kesihatan yang dianjurkan oleh Rasulullah saw berbentuk terapi fizikal sekurang-kurang ada 3 pilihan yakni bekam/hijamaa / cupping, minum madu dan kaedah kayy(bagaimapun kaeda kayy tidak disukai nabi). Kembalikan tubuh kita kepada ALLAH yang beri pinjam dalam keadaan yang terbaik bila kita pulang kepadaNYA kelak. Lontaran Pandangan, Zakuan Pengasas Bekam Sunnah Medic Seremban 2 Pertanyaan / Temujanji : 016 818 3565 ( SMS / WHATSAPPS / WeChat )
Posted on: Tue, 22 Oct 2013 01:28:24 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015