Assalamualaikum. Salam Silaturahim. Terima kasih diucapkan - TopicsExpress



          

Assalamualaikum. Salam Silaturahim. Terima kasih diucapkan kepada Sdra Hj Zainorin Hj Mohd Saaid atas tawarannya supaya majlis perjumpaan bulanan kita untuk bulan ini diadakan di restorannya. Menu yang akan disediakan nanti amat menarik! Sila baca emailnya di bawah. Dengan ini sukacita dimaklumkan ‘monthly luncheon’ kita untuk bulan ini adalah seperti berikut:- Tempat : The Bikers Planet, Lifestyle Store and Cafe. Alamat : No. 6, Jalan SS15/4C, 47500 Subang Jaya, Selangor. Waktu : 11.30 pagi hingga 2.30 petang. Hidangan : Nasi Padang – Menu beraneka jenis (disenaraikan dalam email Hj Zainorin). Bayaran : Minima RM30.00 seorang. Seperti lazimnya, wang berlebihan (jika ada) akan didermakan kepada Tabung Kebajikan Baktiputra. Had jumlah peserta : 50 pax, termasuk isteri/suami. Pendaftaran untuk hadir adalah dibuka mulai sekarang. Sila berikan nama sdra/sdri dan berapa pax akan hadir. Marilah kita bertemu dan beramah mesra pada 20hb ini serta mengeratkan lagi tali persahabatan kita. InsyaAllah. Sekian, terima kasih. Wassalam. Kamaralzaman Arshad Peta lokasi dan YouTube ‘Jalan-Jalan Cari Makan’ - The Bikers Planet Cafe:- https://maps.google.my/maps/ms?ie=UTF8&t=m&vpsrc=6&oe=UTF8&msa=0&msid=204083070102781938709.0004ac413070c992f601d youtube/watch?v=uUr7s134xYw _______________________________________________ 2013/11/6 hjzainorin . Salaam Tuan Haji Kamaralzaman, Terima kasih menerima cadangan saya. Setelah berbincang dengan cook Indon saya untuk Nasi Padang, saya cadangkan harga RM30.00 sekepala dan tempat duduk kita boleh sedia untuk 50 orang sahaja. Menu adalah seperti berikut: 1. Nasi Putih Beras Wangi 2. Gulai Tunjang Sapi 3. Gulai Telor Ikan/Ayam 4. Rendang Daging Batang Pinang 5. Dendeng Paru 6. Kalio Jering/Jengkol 7. Sambal Balado Terung 8. Laksa Sarawak 9. Mee Kolok 10. Kuih-muih Melayu 11. Ulaman 12. Sirap bandung 13. Teh Tarik 14. Kopi O Panas 15. Buah terima kasih
Posted on: Thu, 07 Nov 2013 14:30:50 +0000

Trending Topics



tbody" style="min-height:30px;">
Terani Couture e1347 E19RL5IKB Dresses TC0476P Mushroom Q6C womens

Recently Viewed Topics




© 2015