Assalamualaikum... Salam sejahtera kepada seluruh miak-miak - TopicsExpress



          

Assalamualaikum... Salam sejahtera kepada seluruh miak-miak Sarawak tak kira dimana anda berada. Diharap anda semua sihat hendaknya. Izinkan admin merencanakan apa yang ada di fikiran admin ini. Dengan bangganya admin menyatakan page ini bukan sekadar page dan page ini diwujudkan untuk semua miak-miak Sarawak tak kira apa pun suku, kaum, etnik dan agama anda. Page ini adalah berbeza dengan mana-mana page yang melibatkan nama SARAWAK. Selain mengupdate isu-isu semasa mengenai apa yang berlaku di Sarawak, page ini juga mengupdate tentang sejarah, kebudayaan dari suku/kaum/etnik, pelancongan, makanan, sukan dan lain-lain. Apa yang penting page ini wujud adalah untuk memperjuangkan dan menegak kebenaran dari orang Sarawak untuk orang Sarawak. Mungkin bunyinya agak melucukan kerna siapalah admin ini hanya seekor semut merah yang kecil. Mungkin suara admin tiada siapa yang mendengar, tapi sekurang-kurangnya orang luar dapat mengetahui apa itu kebenaran? Apa itu sejarah sarawak? Mungkin sesetengah statement admin agak pedas. Tapi itulah admin yang sentiasa mempertahankan orang-orang Sarawak yang sering ditindas, dikeji dan sering dianak tirikan orang-orang disana. Sebelum admin mengundur diri, admin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua miak-miak Sarawak yang terus follow setiap status atau statement dari admin. Tanpa anda apa sajalah page ini sehingga mendapat 26K setakat ini. Terima kasih semua!! I love u all... #SarawakIbuPertiwiku
Posted on: Sun, 22 Sep 2013 13:28:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015