Assalamualaikum WBT. Salam 1Malaysia Salam 1Terengganu Salam - TopicsExpress



          

Assalamualaikum WBT. Salam 1Malaysia Salam 1Terengganu Salam 1Belia Salam 1GPMS. Alhamdulillah dan segala puji bagi Allah SWT. Genap sudah 65 tahun penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) pada hari ini di muka bumi Malaysia yang indah dan permai ini. Usia 65 tahun dan tempoh selama itu dilalui dengan penuh tabah oleh semua pejuang dan pencandu GPMS sejati yang mahu melihat segala wawasan dan visi GPMS untuk memartabatkan taraf pendidikan orang Melayu menjadi realiti. Bagi pejuang-pejuang GPMS yang telah pergi, Al Fatihah ditujukan serta ucapan jutaan terima kasih atas segala perjuangan dan segala peluh keringat yang telah menjadi asam garam kehidupan bagi memastikan GPMS muncul sebagai entiti Melayu yang utuh. Bagi pejuang-pejuang GPMS yang masih diberikan kesempatan untuk bernafas, teruskan segala usaha dan visi kalian agar GPMS terus menjadi pilihan bagi orang Melayu mendapatkan khidmat sokongan serta usaha murni menjadikan pendidikan orang Melayu bertaraf dunia. SELAMAT ULANGTAHUN PENUBUHAN GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG (GPMS) KE 65 BELAJAR TERUS BELAJAR GPMS SINGA PERJUANGAN MELAYU - Ketua Penerangan GPMS Negeri Terengganu - 14 Ogos 2013 - Kuala Terengganu
Posted on: Wed, 14 Aug 2013 11:23:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015