Assalamualaikum. ada berita tentang kenderaan kereta. 1) Tukar - TopicsExpress



          

Assalamualaikum. ada berita tentang kenderaan kereta. 1) Tukar Kulit Bumbung Kereta Bahagian bumbung kereta yang lama akan berkarat dan menyebabkan kecacatan kepada kenderaan anda.Karat yang teruk akan menyebabkan bumbung kereta berlubang kebocoran. Jika kerosakan karat yang serius penggantian bumbung baru boleh dilakukan ... buang bumbung lama masukkan bumbung baru... biasanya karat tersebut telah merebak hingga ke bahagian tulang bumbung...kosnya agak mahal... bumbung boleh bertahan lama dalam 7-8 tahun lagi ..first kena buka cermin kereta tersebut... baru dapat tanggalkan bumbung tersebut... kemudian kerja-kerja pasang kulit bumbung baru boleh dilakukan..Cermin hadapan dan belakang dikeluarkan bagi memudahkan kerja pemasangan dan memastikan pemasangan lebih sempurna. Bumbung kereta yang lama dibuka dengan cara yang betul dan berhati-hati.Pastikan bahagian tulang (chasis) kereta tidak dipotong dalam kerja membaik-pulih bumbung. Pemotongan tulang (chasis) kenderaan boleh menyebabkan kereta anda disita Jabatan Pengangkutan Jalanraya.Kerosakan yang terdapat di kerangka bumbung kereta perlu dibaik-pulih dahulu. Kulit baru yang akan di tukarkan tersebut... Tulang bumbung juga jika berkarat akan ditukar sekali... Bumbung yang baru dipasang dengan cermat dan disambungkan semula pada sambungan asalnya. 2) Pemasangan kulit baru perlulah dilakukan secara betul dan teliti.... Bahagian sambungan tersebut. 3) Sebarang kesilapan menyebabkan banyak masalah yang berbangkit kelak... Bahagian luar bumbung dicatkan untuk menghilangkan atau menutup kesan-kesan Weld.Bahagian dalam bumbung juga dicatkan untuk menghilangkan atau menutup kesan-kesan Weld. Cermin depan dan belakang kereta dipasangkan kembali dengan sempurna.Pastikan tiada kebocoran pada gam cermin. Gunakan Gam (sealant) yang berkualiti tinggi..Selepas itu baru lah kerja-kerja mengecat semula bumbung tersebut dilakukan... Selepas itu baru lah kerja-kerja mengecat semula bumbung tersebut dilakukan... 2) Simen Balik tempat lubang... Kalau lubang pada bumbung tak terlalu kritikal.. boleh lah simen ajer menutup permukaan berlubang tersebut..Mula mula gosok bumbung kereta tersebut sampai tanggal catnya untuk buang karat dan tengok kat mana tempat berlubang kat atas bumbung tersebut... Pastu korang bolehlah simen tutup lubang lubangbumbung tersebut.. Gunakan Simen poly putty, iaitu simen yang biasa orang tampal kat body keta tu. ada dua jenis, kaler merah, dan kaler kelabu. simen ni kena campur ngan hardener/catalyst (kaler kuning). kalau simen ni je tanpa hardener, takkan keras. yang kaler merah lagi keras dari kaler kelabu. Campur Hard putty dengan hardener sehingga putty tu yang asalnya berwarna kelabu akan bertukar warna menjadi krim kuning. Caranya campurkan hardener macam letak umat gigi dekat berus gigi banyaknya pada hard putty yang diletakkan dalam penutup hard putty tu. Gaulkan sampai warna bertukar. Hardener berfungsi mengeraskan hard putty lebih cepat. Jadi, cepat-cepat, Sapukan hard putty atau simen filler pada ruang-ruang yang terbuka atau celah-celah lubang menggunakan scrapper plastik atau besi.. Ratakan dan biarkan kering di bawah matahari selama 2 jam. Selepas kering, gunakan kertas pasir grade 600 untuk melicinkan permukaan kasar pada lapisan hardputty dulu. Gosok pakai air supaya terus dapat buang habuk dan tidak bersepah-sepah. Kemudian gunakan kertas pasir grade 1000 untuk keseluruhan bumbung tersebut. Akhir sekali gunakan kertas pasir grade 1200 untuk menghasilkan permukaan yang betul2 licin dan sesuai. Permukaan yang paling rata dan licin adalah yang terbaik dan hasilnya amat dipengaruhi oleh faktor ini. Dah siap gosok licin, barulah anda spray lapisan pertama primer atau undercoat. Tapi ingat! Anda perlu gunakan surat khabar untuk melindungi bahagian yang x perlu di cat . Gunakan masking tape untuk melekatkan surat khabar. pastu baru lah boleh spray cat yang dikehendaki kemudian dah siap baru spray clear plak... 3) Tampalan Fiberglass Jika bocor bumbung tidak terlalu kritikal jalan yang lebih mudah dan safe kos adalah dengan cara tampal fiber glass ... ianya lebih baik dari kita potong dan tampal plate kemudian welding bagi menutup kebocoran tersebut... cara ini juga masih boleh memanjangkan usia bumbung anda... Bahan bahan pembuatan fiberglass seperti Katalis (MEKP Liquid Catalyst), Wax ( mold Release) dan Resin boleh menghalang resapan air pada permukaan bumbung tersebut... Penggunaan Fiber glass untuk menutup kebocoran bagi menghalang air terus meresap .. Teknik ini sama seperti menutup kebocoran pada sampan, bot dan sebagainya...Caranya adalah seperti di bawah ini... Tampalan gunakan serabut-serabut benang fiber glass... kemudian susun atas lubang pastu sapu campuran resin kat atas fiber glass tu... biar kering dan ianya akan mengeras .. kalau boleh buat lapisan demi lapisan... kalau lubang tersebut amat teruk.... Fikir-fikirkan lah..ye.. Apapun jangan ambil mudah tentang bumbung kereta yang karat berlubang ...bila hujan air masuk dalam kereta... takut akan lebih melarat teruk lagi karang.... Kang banyak lagi duit modal nak kluar repair balik kereta tu.... Bagi Pertanyaan lain harap bersabar yer tunggu jawapannya.. sabar yer.. next entry saya jawab satu satu dulu...harap maaf OK,sekian terima kasih..selamat membaca...Asslamualaikum.
Posted on: Sat, 05 Oct 2013 04:05:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015