Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Berikut adalah transkrip - TopicsExpress



          

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Berikut adalah transkrip program Isu Akidah terbitan TV Al Hijrah pada Rabu 17 Julai yang lalu. Saya mengambil video menggunakan tablet (kerana tiada ASTRO Beyond, HyypTV pun tiada feature record). Mutu video tidak sesuai di upload ke YouTube. Transkrip ini agak membosankan sebenarnya, sebab ia skrip sebuah dokumentari. InsyaAllah entri seterusnya akan menjawab satu persatu salah faham JAIS ini (mungkin mengambil masa sedikit) Sementara itu para pembaca dipersilakan respon kepada entri ini. Sebagai permulaan….. JAIS nampaknya sudah jauh ketinggalan zaman. Sekarang Islam sudah menggapai era roh, era rasa. JAIS tidak mengiktiraf Abuya sebagai wali Allah. Pada JAIS, Rasulullah SAW turut mati seperti matinya orang biasa. Abuya ini ulama pewaris nabi. Jalan hidupnya sama dengan ulama-ulama senasib, dimusuhi kaumnya. Seperti juga jalan para Rasul dan Nabi. A PROPHET IS WITHOUT HONOUR IN HIS OWN COUNTRY
Posted on: Sun, 21 Jul 2013 08:31:18 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015