Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dimaklumkan bahawa Majlis - TopicsExpress



          

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Dimaklumkan bahawa Majlis Perwakilan Pelajar UiTM Shah Alam dibawah kelolaan Jabatan Perhubungan dan Pengantarabangsaan diketuai oleh Exco Hubungan Dalaman akan menganjurkan suatu program, iaitu PRESIDENTIAL SUMMIT pada 1 Oktober 2013 ini bertempat di Dewan Kuliah Delta Fakulti Sains Gunaan. Tujuan program ini dijalankan adalah untuk mengumpulkan ke semua pemimpin pelajar dari segenap kelab dan persatuan dalaman UiTM sama ada diperingkat fakulti mahupun di peringkat HEP. Selain itu, turut menghimpunkan juga Seketeriat Mahasiswa Fakulti (SMF), Jawatankuasa Perwakilan Kolej (JPK) dan Jawatankuasa Perwakilan Non-Resident (JPNR). Program ini sebagai salah satu platform untuk mengeratkan silaturahim disamping membincangkan permasalahan yang timbul serta bersama-sama memikirkan jalan penyelesaian dan penambahbaikannya. Sekian, terima kasih. "Ayuh Menjadi Mahasiswa Mahasiswi" NABIL BIN BASARUDDIN Penolong Naib Yang Di-Pertua Perhubungan dan Pengantarabangsaan Majlis Perwakilan Pelajar 2012/2013 Universiti Teknologi MARA, Malaysia
Posted on: Sun, 29 Sep 2013 02:53:33 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015