Assalamualaikum dan selamat petang semua..hari ini nak kongsi kan - TopicsExpress



          

Assalamualaikum dan selamat petang semua..hari ini nak kongsi kan sedikit petua-petua untuk menghilangkan jerawat..JOM -: 1) Hilangkan Jerawat Dengan Tomato. Buah tomato mempunyai pelbagai khasiat yang bagus. Antara khasiat buah tomato ialah baik untuk kesihatan mata, menghilangkan bintik hitam (blackheads) dan juga menghilangkan jerawat. Mula-mula belah buah tomato dan lumurkan ke seluruh muka dan biar sekurang-kurangnya 1 jam atau biar sehingga kering barulah bilas dengan air suam. Untuk hasil yang terbaik amalkan juga dengan makan tomato. 2) Hilangkan Jerawat Dengan Pucuk Jambu Batu. Ambil segenggam pucuk jambu dan keronyokkan/lumatkan sehingga menjadi seperti “pes”. Kemudian gosok-gosokkan pucuk jambu batu pada muka. Biarkan beberapa minit supaya kering di muka. Kemudian basuhlah dengan air suam. 3) Hilangkan Jerawat Dengan Asam Jawa Dan Kunyit Hidup. Tumbuk kunyit dan campurkan dengan asam jawa dan sedikit air. Setelah campuran itu sebati, sapu rata ke seluruh muka anda. Biarkan kira-kira 20 minit. Kemudian ketika anda mandi, basuhlah dengan bersih. Jika selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus. 4) Hilangkan Jerawat Dengan Campuran Bedak Sejuk, Garam Dan Air Asam Jawa. Campur bedak sejuk dengan garam dan air asam jawa. Sapukan di muka dan di tempat yang ditumbuhi jerawat. InsyaAllah, jerawat akan beransur hilang. 5) Hilangkan Jerawat Dengan Daun Teh. Didihkan daun teh tersebut. Setelah daun teh itu menjadi lembut, tekapkan ke muka atau bahagian yang ditumbuhi jerawat. - SELAMAT MENCUBA -
Posted on: Thu, 20 Jun 2013 07:37:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015