Assalamualaikum,salam sejahtera semua rakan-rakan FACEBOOK - TopicsExpress



          

Assalamualaikum,salam sejahtera semua rakan-rakan FACEBOOK terutama yang berada di malaysia,biarpun saya jauh disini tetap memberi sedikit pendapat agar tidak tertipu,kerana masalah gaji mininum ini sangat ramai orang yang tak berpuas hati. Sudahkah kamu membuat semakkan KWSP bagi yang telah dicarum oleh majikan kamu?. Jangan tunggu lagi,pergilah cawangan KWSP berdekatan anda. Gaji mininum yang diumumkan kerajaan malaysia bagi perkerja swasta sabah Rm800 dan semenanjung RM900. Beruntunglah kamu kalau betul dapat gaji Rm800 sebulan,apalagi hidup bujang,tinggal di kampung boleh berjimat. Cuba kamu kira betul-betul kalau gaji Rm800,potongan epf 11% lebih kurang Rm88 dan baki gaji lebih kurang Rm712 tanpa ada mana-mana potongan lain dan pihak majikan sepatutnya beri 13%,rasa bersyukurlah walau sedikit,Sekurang-kurangnya ada juga simpanan dihari tua nanti. Tapi kalau pandangan mata kasar gaji Rm800,selepas ditolak bakinya tidak seperti yang sepatutnya diperoleh sudah semestinya ada majikan yang tidak telus dan mengaburi mata pekerja dengan pelbagai alasan. Empunya diri mungkin merasa sungguh pilu,penat lelah berkerja tidak berbaloi,apatah lagi sudah berkeluarga. Mengapa ada majikan yang begini???Mengapa mahu menjadi bos sedangkan mengaut keuntungan melalui jalan begini???Ramai perkerja yang mengeluh bukan kerana tidak tahu bersyukur tapi kerana rasa dikhianati. Bayangkan perkerja yang bekerja bersungguh sungguh dari pagi ke malam,dari malam ke siang mendapat gaji yang tak sepatutnya mereka dapat,bagaimana rasanya kalau terjadi pada diri kita mahupun keluarga terdekat. Ramai pekerja yang sayangkan kerja mereka dan sanggup bertahan bertahun-tahun dengan penuh kesabaran,memikul tanggungjawab. Diharap pihak kerajaan dapat menyiasat perkara ini,terutama pihak KWSP sendiri samaada betulkah ada majikan berbuat demikian. Kalau betul tengoklah nanti sepandai-pandai tupai melopat akhirnya jatuh ke tanah jua. Wassalam
Posted on: Fri, 07 Jun 2013 18:23:53 +0000

Trending Topics



="sttext" style="margin-left:0px; min-height:30px;"> Vencendo Os Fracassos Romanos 8:37 Quando estamos indignados
We are getting pot roast ready to put on to slow cook through the

Recently Viewed Topics




© 2015