Assalamualaikum semua, Pagi ini rasa terpanggil untuk - TopicsExpress



          

Assalamualaikum semua, Pagi ini rasa terpanggil untuk berkongsikan sesuatu, saya bukan ustaz tetapi saya rasa apa yang bakal saya kongsikan ini adalah untuk kebaikan kita semua sebagai umat Islam. Pertama : Ayat Al-Quran mengandungi 6,236 ayat. Berapa ramai yang khatam Al-Quran 3 kali setahun? Cuba angkat tangan & cuba kita lihat.. Mungkin ramai yang tak angkat tangan termasuk diri saya sendiri.. Jadi, dengan rasa terpanggil (mungkit apa yang saya rasa, adalah tanggungjawab saya untuk hebahkan sekiranya ia baik) untuk sama-sama kita amalkan dengan strategi mudah yang mana kita mampu untuk khatam Al-Quran setahun 3 kali... kalau tak dapat 3, dapat 2 pun alhamdulillah... kalau tak dapat 2, dapat 1 pun jadilah... kalau umur kita ada lagi 30 tahun... dah 30 kali berbanding lagi sikit... Tipnya mudah sahaja... 1. Bawa Al-Quran bersama ke mana sahaja kita pergi (kecuali kawasan larangan seperti tandas) 2. Baca sekurang-kurangnya 10 ayat setiap kali selepas menunaikan solat wajib. 3. Jangan miss solat wajib. Mudahkan.... bukan suruh baca 1 Al-Quran sehari (kalau boleh...Steady) @ 1 juzuk sehari (kalau boleh...Alhamdulillah cukup baik) tapi hanya perlu baca macam tips kat atas tu... Kita tengok dari segi teori : Kita baca : 10 ayat Al-Quran bagi setiap waktu solat wajib. Solat Wajib : Sehari ada 5 waktu Setahun : 365 hari Bilangan ayat setahun = 10 X 5 X 365 = 18,250 ayat Bilangan ayat dalam Al-Quran : 6,236 ayat Bil kali khatam Al-Quran setahun = 18,250 / 6,236 = 2.9 (bundarkan jadi 3) Mudah tak? Jangan miss sekurang-kurangnya 10 ayat bagi setiap waktu solat wajib. Ambil masa sikit selepas selesai solat. TESTIMONI : Testimoni dari saya belum ada... tapi saya sudah mula usahakan... Doakan kejayaan saya.. & Jom sama-sama kita jayakan... Nota : Anda boleh like jika info ini bermanafaat pada diri anda & anda boleh share jika anda rasakan ia bakal memberi manafaat kepada orang lain.
Posted on: Thu, 31 Oct 2013 03:32:59 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015