Assalamualaikum semua sahabat... Ambil masa seminit dua baca - TopicsExpress



          

Assalamualaikum semua sahabat... Ambil masa seminit dua baca nukilan seorang sahabat ini ya...:) Pernah x kita rasa sesak susah sampai anak-anak terpaksa kita diamkan dalam umah bergelap tutup pintu rapat2 kerana owner umah sewa datang kutip hutang...??? Pernah x kita alami duit syiling dalam kereta kita... terpaksa kita gunakan semuanya demi membeli 10 biji telur ayam, sebotol kicap dan sekilo beras bagi menampung keperluan makan anak2...??? Pernah x kita rasa anak2 yang masih menyusu terpaksa kita berikan susu pekat yang dicairkan bersama air paip sebagai minuman dan makanan untuk mereka...??? Pernah x kita merasai situasi di atas? Allahu rabbi... setiap hari Allah sampaikan tarbiyah melalui musibah, masalah, ujian, kesempitan orang lain kepada kita, untuk kita perbaharui tahap keimanan kita... qualiti syukur kita pada Allah dalam apa jua hal dan keadaan di kala kita lapang lebih-lebih lagi... masa susah dan sempit kita memang pasti, kita menagih simpati dari Allah... kurniakan kita pertolongan dan kekuatan... Sungguh mendengarkan kisah Puan tersebut cukup membuatkan saya rasa INSAF... menilai kembali betapa NIKMAT SYUKUR KEPADA ALLAH terhenti... betapa LALAINYA saya dalam menepati TAUBAT saya kepada Allah atas dosa-dosa saya sendiri selama ini... Saya cuba menyeka air mata... Cuba mengumpul kembali kekuatan untuk mendengar masalah Puan tersebut... sungguh ya Allah... terlalu banyak dan pelbagai cara dari Mu dalam memberi perhatian kepada hambaMu... Semakin kita ingin dekat dengan jalan kebaikan... Percayalah Allah semakin menguji kita dengan pelbagai cubaan dari masyarakat sekeliling... keluarga... ibu bapa... mertua ipar duai... jiran tetangga... anak-anak... rakan-rakan... Formulanya:: 1) Kita hamba... memang perlu dan berkehendak pada kebergantungan terutamanya pada Allah (sang pemilik)... 2) Sentiasa berlapang dada dan bersangka baik dalam aturan dan rencana Allah... Kita merancang dengan CITA dan IMPIAN namun Allah merencana dengan CINTA dan HARAPAN... Wallahu alam... Renung-renungkan... :: (Y) :: Rezqi Cheese Powder Original
Posted on: Fri, 22 Nov 2013 06:37:57 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015