Assalamualaikum wbt Kali ini, saya kongsikan10 tips untuk capai - TopicsExpress



          

Assalamualaikum wbt Kali ini, saya kongsikan10 tips untuk capai impian dalam bidang internet masih belum terlewat untuk mencapai azam tahun ini! Perkongsian dari Irfan Khairi. ^_^ Menulis Impian anda : Sebaik-baiknya ulangi menulis impian anda dan jika nak lagi best boleh tulis pada whiteboard supaya anda jadikan sebagai rujukan walaupun anda baru bangun dari tidur. Jelas dengan impian yang dirancang : Mengetahui faedah-faedah yang akan anda perolehi sekiranya anda berjaya kecapi impian anda. Perniagaan internet yang ingin dijalankan : Buat permulaan,Tetapkan bidang/industri yang ingin diceburi, contohnya dalam bidang kesihatan Research: Mulakan mencari info berkenaan minat dan tumpuan orang ramai dalam industri yang kita pilih. Produk dan Perkhidmatan : Ambil berat pada dua perkara ini ketika anda research info Niche market: Beri fokus pada skop yang lebih kecil dalam bidang yang dipilih pada (tip no.3) Minat dan pengalaman : Satu kelebihan sekiranya anda berlatar belakangkan dari industri yang anda pilih. Supplier : Hubungi syarikat yang dapat menyediakan produk ataupun perkhidmatan dalam industri yang anda ingin ceburi. Media sosial : Jadikan laman social yang wujud sebagai medium untuk memperkenalkan produk atau perkhidmatan anda, kebiasaannya tidak dikenakan cas untuk pendaftaran. Pengiklanan : Kenalkan prospek dengan Mulakan pemasaran pada pengunjung internet dengan memasarkan produk atau perkhidmatan dengan cara peiklanan. Tip-tip yang dikongsi adalah asas perniagaan di internet dan boleh dijadikan sebagai titik permulaan untuk anda capai impian dalam bidang internet dengan mulakannya pada hari ini juga. Teruskan melakukannya, untuk mengekalkan momentum untuk mencapai impian anda yang akan terhasil tidak lama lagi dalam bidang internet. ^_^ Mind Q Printing & Design
Posted on: Wed, 26 Jun 2013 07:37:23 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015