Assalamualaikum wbth.. Disini saya kongsikan bagaimana kita ingin - TopicsExpress



          

Assalamualaikum wbth.. Disini saya kongsikan bagaimana kita ingin memulakan perniagaan produk makanan. (Sebab saya mengeluarkan produk makanan) 1. Tentukan apa produk yang nak dihasilkan dan dikeluarkan. 2. Cari maklumat resipi produk yang nak dihasilkan. 3. Cari usahawan yang sudah buat produk tersebut. Belajar dan kaji cara mereka buat. Jika tiada model yang sama, cari yang seakan. 4. Jika usahawan sudi jadi mentor, lagi baik 5. Juga dapatkan maklumat dari beberapa pakar, internet dan sebagainya. 6. Buat trial n error resipi sehingga mendapat hasil yang terbaik. Bagi sampel produk kepada pelanggan, dan kalau boleh bagi kepada chef yang pakar dalam bidang tersebut. Contohnya kalau buat produk western, kena tanya chef western. Tanya pandangan mereka berkenaan cadangan penambah baikan. Lakukan pembetulan sehingga mendapat satu rasa ,rupa,bau dan tekstur yang terbaik. 7. Ambil gambar produk pelbagai sudut. 8. Bila sudah ada produk, kaji cara penyediaan produk. Step pertama, buat secara manual dulu. 9. Tentukan keperluan peralatan untuk penyediaan produk tersebut. Buat juga pelan pemasaran, pelan kewangan, pelan sumber manusia, pelan pengeluaran. -Rancangan perniagaan/ business plan 10. Buat design packaging 11. Cari cadangan premis yang sesuai dengan kapasiti pengeluaran pertama. -rujuk business plan. 12. Bila dah ada skema premis, boleh start buat costing. Tentukan berapa keperluan modal untuk menghasilkan produk termasuk kos packaging. 13. Bila jumlah kos keluar, cari orang tahu / pakar verify costing kita and then cari MODAL. 14. Bila sudah ada modal, mulakan pengubahsuaian premis, beli peralatan ikut bajet. Daftarkan perniagaan. Mohon lesen pihak berkuasa tempatan, cthnya MPKB. 15. Bagi yang punya bajet lebih, pengubahsuaian biarlah mengikut spesifikasi halal untuk mengelakkan buat kerja dua kali semasa permohonan pensijilan halal kelak. 16. Semasa proses pengubahsuaian berlaku, anda boleh mulakan pemasaran ikut bajet. Pemasaran boleh saja ikut facebook, flyers, banting, banner, iklan radio, food sampling dan macam2 lagi.. 17. Pasarkan di kawasan sekitar dulu utk test market. Jika ada feedback negatif, kita ada ruang yg besar untuk lakukan penambahaikan. Rasional lain adalah kita boleh tahu sebanyak mana permintaan yg wujud di sesuatu tempat. Tiada guna buat pemasaran dan iklan besar-besaran, jika pengeluaran kita kecil..membazir. 18. Mohon pensijilan halal 19. Tambahkan kapasiti pengeluaran step by step dan lakukan penambahan kapasiti mengikut permintaan. 20. Lantik agen, pengedar atau stokis di setiap kawasan. 21. Cari kaedah penghantaran yang sesuai. 22. Pastikan rekod jualan wujud di penyata bank. 23. Jika anda perlu buat pinjaman, penyata bank selama 6 bulan diperlukan, bermakna anda perlu run bisness selama 6 bulan dahulu sebelum layak untuk dapatkan pinjaman. 24. Review balik keperluan untuk peralatan dan mesin untuk cater market demand yang makin meningkat. 25. Jika anda berniat untuk buat pinjaman, masukkan keperluan mesin dan peralatan serta modal berputar tambahan yang diperlukan dalam kertas kerja untuk pinjaman atau geran. 26. Luaskan dan tambahkan aktiviti pemasaran/pengiklanan. 27. Mantapkan rangkaian pengedaran. Akan disambung.....
Posted on: Wed, 21 Aug 2013 23:42:08 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015