Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua rakan - TopicsExpress



          

Assalamulaikum dan salam sejahtera buat semua rakan facebook........... sms Whats App : nama, Alamat, Umur , ke Consultant AMTC 6017-530 4072 KEPAKARAN AMTC ialah menyediakan platform latihan, bagaimana ANDA yang berimpian ke Tanah Suci tetapi kurang BERKEMAMPUAN Setiap pendaftaran perlu disertakan dengan deposit tunai berjumlah RM500.00 @ RM1000.00* untuk tempahan tempat anda. * Setiap pendaftaran yang disertakan dengan deposit RM1000.00 layak menjadi wakil syarikat. Jika wakil berjaya memperoleh seramai 20 jemaah, ganjaran satu pakej umrah percuma serta RM1000.00 duit poket akan diberikan. Akademi Mutawwif Training & Consultancy (AMTC) menganjurkan Pakej Umrah lengkap dengan kos yang kompetitif. Pakej lengkap ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh AMTC yang berpengalaman lebih 15 tahun didalam pengurusan jemaah umrah ke Tanah Suci Makkah. Ibadah Umrah Umrah ialah Haji kecil, ia diambil dari perkataan al-Itimar iaitu (ziarah). Orang yang mengerjakan Umrah akan berniat Ihram Umrah dari miqat, mengerjakan Tawaf Qudum, bersaie dan seterusnya bertahallul dari Ihramnya dengan bercukur atau bergunting. PAKEJ YANG DISEDIAKAN 1. Harga Pakej ALL IN termasuk cukai dan insuran perjalanan. 2. Penginapan Hotel di Makkah dan Madinah antara 100meter - 300meter 3. Lawatan Makkah dan Madinah dengan Mutawif yang berpengalaman 4. Tiket Penerbangan MAS pergi dan balik* 5. Visa Umrah 6. Makan di Makkah - Madinah 7. Tazkirah dan Pengisian Di Tanah Suci 8. Kursus Umrah PERCUMA. Dibimbing oleh Ustaz Abdullah ARS 9. Ketua Rombongan: Dato’ Hj Mohamed Zain Bin Zakaria (15 tahun pengalaman) 10. Tambahan RM500 seorang untuk penginapan 2 orang sebilik & RM300 untuk 3 orang sebilik UMRAH KEMBARA PENAWAR & PENYUCIAN JIWA DI TANAH SUCI ATURCARA PERJALANAN 13H 11M HARI 01 : KUL - JEDDAH - MADINAH - Berkumpul di KLIA 3 jam awal sebelum berlepas. Selesai urusan pendaftaran masuk jemaah akan bertolak ke Jeddah. Penerbangan tiba di Jeddah. Selesai urusan Imigresen jemaah akan bertolak ke Madinah menaiki bas. Tiba di Madinah pendaftaran masuk hotel. HARI 02 : MADINAH - Ziarah dalaman sekitar Masjid Nabawi ke Raudah & Perkuburan Baqi HARI 03 : MADINAH - Selepas sarapan pagi, jemaah bersiap sedia untuk dibawa menziarahi tempat-tempat bersejarah seperti Masjid Quba iaitu masjid pertama yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w. Masjid Qiblatain iaitu masjid yang mempunyai 2 kiblat (satu mengarah ke Baitulmaqdis dan satu lagi ke arah Masjidil Haram) Masjid Tujuh, Ladang kurma, Jabal Uhud dan Pasar Kurma untuk membeli belah. HARI 04 : MADINAH - MAKKAH - Selepas makan tengahari, bersiap sedia untuk bertolak ke Makkah. Tiba di Makkah, pendaftaran masuk hotel, jemaah akan mengerjakan umrah. HARI 05 : MAKKAH - Aktiviti bebas / Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram HARI 06 : ZIARAH MAKKAH - Selepas solat subuh dan sarapan pagi, jemaah akan dibawa menziarahi ke Padang Arafah, Mudzalifah dan Mina. Seterusnya ke Jabal Nur dan Jabal Rahmah serta Miqat untuk Umrah ke-2 di Jaaranah. HARI 07 : MAKKAH - Aktiviti Bebas / Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram HARI 08 : ZIARAH HUDAIBIYAH - Selepas sarapan, jemaah akan dibawa melawat ke tempat bersejarah di Ladang Unta, Miqat untuk Umrah ke-3 di Hudaibiyah dan Muzium Haramain. Sebelah malam, jemaah akan menikmati makan malam Nasi Mandi Arab di Padang Muzdalifah serta program dari Hati ke Hati HARI 09 - 10 : MAKKAH - Aktiviti bebas / Memperbanyakkan ibadah di Masjidil Haram. Ekspedisi ke Jabal Nur untuk mendaki Gua Hira HARI 11 - 12 : MAKKAH - JEDDAH - KUALA LUMPUR - Selepas sarapan, bersiap sedia untuk bertolak ke Jeddah. Jemaah akan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur dan dijangka tiba di KLIA pada hari berikutnya. * Tertakluk pada perubahan tanpa notis. CENDERAMATA EKSKLUSIF DARI AMTC* 1. Beg Roda Besar 2. Beg Sandang 3. Beg Galas 4. Kain Ihram/Telekung 5. Buku Panduan Umrah 6. Tag Bagasi 7. Tag Nama 8. Air zam-zam 10 liter HOTEL MAKKAH: SARAYA AJYAD @ setaraf (200 meter dari Masjidil Haram) HOTEL MADINAH: DAURAT FAYROZ @ setaraf (100 meter dari Masjid Nabawi) Makluman: Ini adalah aturcara am, semua jemaah akan melalui aturcara yang tidak jauh berbeza. Perancangan awal boleh berubah mengikut keadaan atau masa.
Posted on: Tue, 07 Jan 2014 17:55:48 +0000

Trending Topics




© 2015