Asssalamualaikum dan Selamat Pagi kepada semua sahabat, rakan - TopicsExpress



          

Asssalamualaikum dan Selamat Pagi kepada semua sahabat, rakan taulan saya di Facebook ini. Dimohonkan doa agar Allah s.w.t. memberikan rahmat dan keberkatan dengan rezeki yang melempah ruah serta di jauhi dari segala musibah atau perkara-perkara yang tidak diingini. Dimohonkan juga agar Allah s.w.t. pertingkatkan keimanan kita semua. Amiiiinnnnn ! Kekadang tu teringin juga untuk menjadi seseorang yang dikatakan agak berjaya di dalam sesuatu bidang. Apa yang diselidik rupa-rupanya ada beberapa perkara yang perlu kita amati sedalam-dalamnya seperti prinsip yang diamalkan oleh bangsa Cina dalam setiap urusan dan perniagaan mereka sebagai budaya dan pengangan hidup mereka. [Masyarakat Cina mempunyai pegangan yang tersendiri dalam usaha memajukan perniagaan mereka. Pegangan mereka ini begitu kuat sehingga mereka akan cuba melaksanakan segala apa yang termampu untuk mendapatkan hasil yang lebih baik dalam bisnes yang dijalankan. Ada tujuh [7] pegangan masyarakat Cina dalam aspek bisnes atau perniagaan: >> Rajin, jika tidak berniaga akan menjadi malas. >> Jimat, jika tidak akan membazir modal. >> Senyuman dengan pelanggan, jika tidak pelanggan akan lari. >> Kejar masa, jika tidak peluang akan diambil orang. >> Harga berpatutan, sekiranya tidak mungkin akan menimbulkan pergaduhan. >> Membenarkan hutang hanya dengan orang yang dikenali, jika tidak modal akan hilang. >> Semak akaun setiap hari untuk pastikan modal bagi hari esok. Ketujuh-tujuh ini juga merupakan peribahasa masyarakat Cina tentang perniagaan dan bisnes. Sekiranya kita meneliti ketujuh-tujuh aspek ini, dapat disimpulkan bahawa sikap menjadi kunci utama kejayaan mereka dalam perniagaan. Sikap yang baik, tekun dan gigih merupakan asas kepada rahsia kejayaan mereka selama ini.]
Posted on: Tue, 29 Oct 2013 00:11:49 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015