Atasi Masalah Keputihan Agak biasa wanita mengalami masalah - TopicsExpress



          

Atasi Masalah Keputihan Agak biasa wanita mengalami masalah keputihan dan masalah ini membimbangkan.Jom baca sedikit info yang bermanfaat berkaitan dengan masalah keputihan di kalangan wanita. PENYEBAB/PUNCA -------------------------- Sejenis kulat (jamur) yang dikenali sebagai candida albicans. Keputihan yang disebabkan oleh candida albicans dikenali dengan vulvovaginal candidiasis. Kerap berlaku kepada gadis dan juga wanita dewasa Simptom umum yang biasa dapat dikesan adalah ---------------------------------------------------------- ->rasa gatal teramat sangat pada bahagian luar faraj ->kemerahan dan terkadang bengkak pada bahagian labia majora (bibir luar kemaluan) ->pengeluaran cairan daripada faraj yang berwarna putih dan ->berkeladak serta berketul-ketul menyerupai susu basi ->Penghidap mungkin juga mengalami rasa sakit semasa hubungan seks ->Sakit masa buang air kecil INFO ------ Dalam keadaan normal, kehadiran candida albicans dalam tubuh manusia tidak menimbulkan gangguan. Gangguan hanya akan muncul apabila keseimbangan populasi flora normal ini mengalami perubahan. Perubahan keseimbangan flora normal dalam faraj terjadi kerana pengambilan ubat perancang kehamilan, menstruasi, semasa hamil, membasuh bahagian faraj dengan sabun atau pencuci faraj secara berlebihan. Ini dapat menyebabkan perubahan hormon yang akhirnya akan mempengaruhi keasidan pH pada bahagian faraj. Adanya perubahan pH ini akan mempengaruhi keseimbangan flora normal yang ada di dalamnya dan menyebabkan flora yang tidak normal membiak secara berlebihan. pm/details Nurul Ain Mohd Reduan 0147185515
Posted on: Wed, 05 Mar 2014 08:28:40 +0000

Trending Topics




© 2015