Awalnya membenarkan campur tangan tentera atas hujah mudarat - TopicsExpress



          

Awalnya membenarkan campur tangan tentera atas hujah mudarat kecil, kemudian selepas rakyat bermandi darah, mengajak kepada musolahah walhal sepatutnya musolahah hanya untuk kerajaan yang sah dan menerusi jalan demokratik. Kedua-dua tindakan itu bermotif satu sahaja: mengiktiraf pemerintahan tentera dan campur tangan mereka dalam proses demokrasi. Kalau mahu bersangka baik, lihat dari kaca mata perbincangan ilmiah. Tapi apabila melibatkan praktis dan realiti politik, kita perlu melihatnya dari kaca mata sepak terajang politik. Pemikiran politik menurut Islam akan sentiasa menyebelahi kebaikan rakyat, bukan semata-mata kebaikan sesiapa yang berjubah atau apa-apa pakaian.
Posted on: Mon, 29 Jul 2013 08:54:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015