Ayuh Sepakat Tolak Syiah Kami dahulu pernah membongkar bahawa - TopicsExpress



          

Ayuh Sepakat Tolak Syiah Kami dahulu pernah membongkar bahawa USTAZ ABDUL GHANI adalah berfahaman Syiah. Merujuk kepada akhbar Syiah iaitu Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) – Pemimpin Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) Ustaz Abdul Ghani Shamsudin di bawah tajuk Teori Wilayatul Faqih Imam Khomeini sesuai dengan fundamental Islam sebagai berikut: 1. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin menegaskan bahawa Gagasan teori Wilayatul Faqih Imam Khomeini diterima kebanyakan Ahlus Sunnah. Persoalannya, siapakah para Ulama’ dari kalangan Ahlus Sunnah yang menerima doktrin atau teori menyimpang tersebut? Berkenaan doktrin Wilayatul Faqih ini telah dijawab, para pembaca boleh rujuk link tersebut untuk lebih jelas: bahayairan.wordpress/tag/wilayatul-faqih/ 2. Ustaz Abdul Ghani Shamsudin juga mengatakan pada perenggan terakhir bahawa Imam Khomeini selain menghidupkan agama, Pendekatan Antara Mazhab yang berbeza mampu mewujudkan suasana pendekatan di antara umat Islam. Jelas kenyataan ini salah dan para Ulama’ Islam telah pun membongkar makar Syiah disebalik perpaduan antara mazhab yang hanya menguntungkan Syiah sahaja. Hal ini telah dijelaskan oleh Syed Hawwa. Para pembaca boleh rujuk di sini: Bahagian 1: manhal.pmram.org/2012/02/al-khomeiniah-syiah-12-imam.html Bahagian 2: manhal.pmram.org/2012/02/syiah-al-khomeiniah-bahagian-2.html Bahagian 3: manhal.pmram.org/2012/02/syiah-al-khomeini-bahagian-3.html Kami begitu kecewa dengan para ilmuwan yang menjadikan tokoh-tokoh Syiah seperti Khomeini laknatullah sebagai idola, sedangkan mereka ini telah jelas memusuhi Ahlus Sunnah, mengkafirkan para sahabat Nabi dan mempersoalkan ketulenan ajaran Islam. Adakah para ilmuwan di Malaysia masih tidak melihat akan hakikat ini? Bukankah masih ramai tokoh Ahlus Sunnah yang boleh dijadikan contoh khususnya para pejuang yang berjuang membebaskan Palestin dan sebagainya? Sekiranya kenyataan ini adalah fitnah dan bukan kenyataan Ustaz Abdul Ghani Shamsudin, maka kami memohon agar ianya dijawab secepat mungkin dan menjelaskan kepada masyarakat akan kekeliruannya. Nasihat buat ahli politik supaya hentikan mengatakan sesuatu yang boleh menyebabkan masyarakat meragui akidah anda. Ini info tentang Ustaz Abdul Ghani Shamsudin: pru12.pas.org.my/index.php?option=com_content&task=view&id=167
Posted on: Mon, 26 Aug 2013 06:36:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015