Azraai Bakal Terima Nasib Seperti Cikgu Jan Ketua jurulatih - TopicsExpress



          

Azraai Bakal Terima Nasib Seperti Cikgu Jan Ketua jurulatih Perak, Mohd Azraai Khor Abdullah dijangka menerima nasib yang sama dengan Norizan Bakar setelah mencatat kekalahan besar dalam Liga Malaysia. Azraai bersama-sama penolong jurulatih dan pegawai skuad Seladang digantung apabila Perak dibelasah oleh Sarawak 1 - 6 dalam perlawanan terakhir kumpulan D Piala Malaysia di Kuching, Sabtu lalu. Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Perak (Pafa), Khairul Azwan Harun berkata, Azraai dan petugas skuad Seladang digantung selama dua minggu mulai semalam. Difahamkan penggantungan tersebut dilakukan kerana terdapat elemen sabotaj dan rasuah dalam kempen Piala Malaysia yang lalu. Sehubungan dengan itu, Pafa membuat laporan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara tersebut Dalam kempen Piala Malaysia, Perak berjaya menumpaskan Sarawak 2 - 1 (20 Ogos) dan Lions XII 1- 0 (27 Ogos) dan seri 1 - 1 dengan Kedah (24 Ogos). Namun begitu, prestasi Perak menjadi tanda tanya pada pusingan kedua apabila tumpas 1 - 2 kepada Lions XII (31 Ogos), Kedah 0 - 1 (17 September September) dan Sarawak 1 - 6 (21 September) Kekalahan besar itu membuatkan Pafa mengambil langkah drastik menggantung Azraai dan beberapa pegawai. Insiden penggantungan Azraai hampir sama dengan tindakan yang pernah dikenakan oleh Pafa ke atas Norizan Bakar pada musim lalu. Norizan yang dikenali sebagai Cikgu Jan diminta bercuti setelah Perak kalah 1 - 6 kepada Kelantan dalam saingan Liga Super 2012. Akhirnya, Perak mengambil bekas pertahanan importnya, Jang Jung bagi menggantikan Norizan dalam saingan Piala Malaysia tahun lalu. Kini semua pihak tertumpu kepada Azraai yang dikatakan akan menerima nasib yang sama dengan Cikgu Jan. Sumber :PERAKNEWS
Posted on: Tue, 24 Sep 2013 03:13:22 +0000

Trending Topics



min-height:30px;">
I have no problem addressing my flaws & fears. Its only when you
The (spring!) bulbs are already bursting forth from the soil! What

Recently Viewed Topics




© 2015