BAHAN YANG DIGUNAKAN BAHAN-BAHAN: 1. Air Zam-Zam 2. Kristal - TopicsExpress



          

BAHAN YANG DIGUNAKAN BAHAN-BAHAN: 1. Air Zam-Zam 2. Kristal Galian (Mineral) Holland 3. Getah/Amber Pokok Pine Cypress 4. Terapi Al-Quran 30 Juzuk 5. Doa-Doa Terpilih KETERANGAN BAHAN-BAHAN 1. AIR ZAM-ZAM Menurut pendapat para pengkaji dan ulamak terdapat 12 kelebihan yang ada pada air zam-zam iaitu : 1. Menyegarkan 2. Mencukupkan 3. Memberi manfaat 4. Menghilangkan haus 5. Menyihatkan 6. Penyembuhan penyakit 7. Terapi perubatan 8. Kebaikan pada kaki 9. Berkat 10. Pengampunan 11. Kebaikan 12. Mengenyangkan Di dalam air biasa pula tedapat unsur besi (Fe), namun unsur tersebut langsung tidak terdapat pada air zamzam. Begitu juga unsur Kalsium (Ca) yang ada pada air biasa sangat tinggi kadarnya, tetapi kandungannya sangat rendah di dalam air zamzam. Di dalam air zamzam terdapat kandungan yang sarat dengan pelbagai unsur yang bermanfaat bagi keperluan tubuh manusia. Menurut kajian analisis yang telah dibuat, terdapat empat unsur kimia yang sangat penting dalam air zamzam, iaitu Kalium (K), Natrium (Na), Kalsium (Ca), dan Magnesium (Mg). Menurut kajian, kedua-dua unsur ini (Fe & Ca) merupakan unsur yang tidak baik bagi tubuh apabila terlalu berlebihan. Sebaliknya, unsur-unsur kimia yang begitu bermanfaat dan menguntungkan tubuh ialah Kalium (K). Namun, kandungan Kalium di dalam air biasa sangat rendah, sebaliknya di dalam air zamzam kandungan unsur Kalium adalah sangat tinggi. Begitu juga unsur Magnesium yang baik untuk tubuh merupakan unsur yang sangat tinggi di dalam air zamzam, tetapi di dalam air biasa kadarnya relatif sedikit. Selain itu, 4 pakar dari Suruhanjaya Kuasa Atom Bangladesh (Bangladesh Atomic Energy Commision) iaitu M.A. Khan, A.K.M Sheriff, K.M. Idris dan M. Alamgir. Mereka mengkaji kandungan air zamzam dan membuat perbandingan dengan air paip dan air yang dikeluarkan menggunakan alat pengepam berkuasa solar (solar pump water). Pakar-pakar ini mendapati air zamzam wujud secara tabii atau semulajadi dalam bentuk alkali. Oleh sebab itu, keadaan ini dapat mengawal kesan sampingan yang disebabkan oleh lebihan asid dalam perut sekaligus mampu mencegah penyakit gastrik. Air zamzam merupakan air yang terbaik di dunia, malah lebih baik daripada air mineral. Saat ini, sukar untuk manusia mendapatkan air yang benar-benar bersih dan suci kerana kerakusan tangan-tangan manusia yang telah menukar dan merubah keaslian air dengan pelbagai bahan kimia seperti klorin yang memudaratkan kesihatan tubuh manusia sendiri. Penawar terbaik untuk kanser dan pelbagai penyakit Molekul air zam-zam yang bercahaya umpama kristal dan berubah-ubah mengikut kalimah yang dilafazkan Diriwayatkan dari Ibnu Abbas, bahawa Rasulullah (s.a.w.) bersabda : -Sebaik-baik air di muka bumi adalah air zamzam, di dalamnya ada makanan yang mengenyangkan dan ubat yang menyembuhkan penyakit 2. GARAM GALIAN - KRISTAL HOLLAND Kepentingan garam seperti yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW sebagaimana sabdanya dari Riwayat Ibnu Abbas: ‘Barang siapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam, maka Allah akan menghindarkan 330 jenis penyakit dan yang paling ringan adalah gila, kusta, sakit perut, sakit gigi dan yang bakinya hanya Allah jua yang mengetahuinya’ Galian Kristal Berkesan menghalang dan menyembuhkan penyakit – penyakit seperti berikut: • Letih dan mengantuk • Memudahkan pembuangan air kecil dan besar • Jerawat dan resdung • Rambut gugur • Sakit kepala atau migrain • Angin • Membuang toksin dalam badan • Melancarkan perjalanan darah • Melapangkan saluran pernafasan • Penyakit kulit, alahan atau kulat • Tekanan darah tinggi / rendah • Kencing manis • Sendi / gout / lenguh badan • Menghilangkan bau badan dan kaki • Meningkatkan kecerdasan otak • Meningkatkan kecerdasan badan • InsyaAllah…Amin.. Garam adalah antara mineral yang mempunyai kemujaraban yang unik. Ia sebenarnya mampu bertindak sebagai pembersih yang berupaya meleraikan radiasi serta menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan dan imuniti badan. Sejarah perubatan Islam ada mengatakan bahawa Rasullullah s.a.w. ketika mengembara akan memamah sedikit garam sebelum makan atau minum dan ini bertujuan supaya tubuh dapat mengembalikan semula tenaga yang hilang. Manakala di dalam bidang masakan pula, garam dikatakan sebagai penghulu segala masakan. Cuba anda bayangkan bagaimana rasanya jika sesuatu masakan itu dimasak tanpa garam, pasti ramai yang akan mengatakan masakan tersebut tiada rasa! Orang Melayu terutamanya memang terkenal dengan garam dan dalam setiap masakan kebanyakan penggunaannya adalah pada kadar yang tinggi supaya cukup rasa masinnya. Tetapi awas jika terlebih penggunaannya! Garam juga dikatakan penyebabnya peningkatan penyakit darah tinggi setiap tahun dan dikatakan ‘penyakit moden’ kerana bukan sahaja golongan berumur tetapi sudah menular dikalangan muda mudi yang baru berusia 25 tahun kebawah. Malah sudah terdapat golongan remaja belasan tahun yang sudah disahkan mempunyai penyakit darah tinggi. Kelebihan minuman kesihatan bertenaga Himax5 adalah kerana terdapat gabungan antara kedua-dua garam kristal dan ekstrak amber cypress. Kombinasi antara keduanya akan meningkatkan tenaga molekul serta menstabilkan pH dan kadar keasidan dalam sel tubuh badan. 3. GETAH/AMBER POKOK PINE CYPRESS Pokok Pine Cypress merupakan pokok dari spesies kayu bahtera Nabi Nuh a.s. Penyelidikan meliputi juga artifak Bahtera Nabi Allah Nuh a.s yang sekarang ini terdampar di Bukit Al Judi, di Banjaran Ararat, Turki. Profesor Mohammad Shakran Shuhatah dari Mesir sudah terlibat dalam kajian selama 35 tahun. Satu mukjizat perubatan yang sangat hebat dalam tamadun manusia telah tercetus lebih dari 6000 tahun dahulu ekoran peristiwa Banjir Besar yang dengan peristiwa itu, Nabi Nuh a.s telah menerima perintah Allah SWT menyiapkan satu bahtera. Hasil kajian Profesor Mohamad Shakran Shuhatah selama lebih dari 30 tahun membuktikan bahawa bahtera Nabi Nuh a.s diperbuat dari spesies kayu pine cypress. Kajian beliau telah menemukan rahsia perubatan yang telah disimpan oleh pengkaji barat sejak abad ke-17 lagi. Kajian beliau sangat menakjubkan kerana hampir keseluruhan bahagian pokok ini boleh dimanfaatkan untuk kesihatan yang maksima. Namun, amber (getah) pokok pine cypress telah menjadikan kajian Profesor Mohamad Shakran berada di dalam kelas yang berlainan sama sekali. Penemuan penggunaan amber pokok ini dalam perubatan menyelesaikan hampir keseluruhan masalah kesihatan yang dialami masyarakat moden kini. ” Khasiat dalam tumbuhan ini mencangkupi satu ruang lingkup yang sangat mengkagumkan meliputi kebaikannya di dalam mencerna gelombang tenaga, meningkatkan aktiviti anti-oksida (menghalang radikal bebas),menjana homeostasis (keadaan harmoni) dalam tubuh badan dan persekitaran, membentuk satu suasana equilibrium pada organ dan persekitaran, merangsang kepada penyembuhan dalaman, pembaikan dan penjanaan sel baru (rejuvenasi) dan merangsang sistem imunisasi yang lebih baik“ InsyaAllah…Amin.. 4 & 5. TERAPI AL-QURAN 30 JUZUK dan DOA-DOA TERPILIH Firman Allah dalam surah al-israk, ayat 82 yang bermaksud: Dan Kami turunkan Al-Quran suatu yang menyembuhkan (penyakit hati) dan rahmat untuk orang-orang yang beriman, tetapi yang demikian tidak menambah bagi orang-orang yang zalim elainkan kerugian. Hadith riwayat Ibnu Majah dari Ali bin Abi Talib, dia berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Sebaik-baik perubatan adalah (dengan) al-Quran.” Bacaan 30 juzuk al-quran dan doa pilihan dibaca sepanjang masa di dalam kilang menerusi sistem cd sehinggalah produk siap diproses. InsyaAllah Himax5 sebagai penawar semulajadi penyakit moden mampu merawat penyakit rohani(berkaitan akal dan hati) dan penyakit jasmani termasuklah masalah gangguan sihir dan sebagainya, insyaAllah.
Posted on: Sun, 06 Oct 2013 01:16:13 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015