BAHAYA KEPUTIHAN kepada KANDUNGAN ♥ Kebiasaanya wanita - TopicsExpress



          

BAHAYA KEPUTIHAN kepada KANDUNGAN ♥ Kebiasaanya wanita mengandung akan selalu dijangkiti keputihan. Perkara ini berlaku kerana perubahan hormon yang dialami oleh wanita mengandung itu sendiri. KEPUTIHAN Perubahan hormon ini akan merubah persekitaran pada kawasan faraj yang lebih mesra bakteria. Antara perubahan yang berlaku adalah perubahan keasidan (pH) pada kawasan faraj bagi mengalakkan lagi pertumbuhan bakteria ataupun kulat. ... Maka kesan daripada jangkitan ini akan membawa kepada pengeluaran atau discaj yang berwarna putih dan berbau. Bagi wanita hamil, masalah keputihan ini amat merimaskan dan menganggu kehidupan seharian. Bukan itu sahaja, jangkitan keputihan yang teruk boleh membawa kepada kecacatan pada bayi dalam kandungan dan juga risiko berlakunya keguguran serta kelahiran pra matang.
Posted on: Tue, 25 Jun 2013 00:44:00 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015