BAJET 2014 TERAS PERTAMA: MERANCAK AKTIVITI EKONOMI Memantap - TopicsExpress



          

BAJET 2014 TERAS PERTAMA: MERANCAK AKTIVITI EKONOMI Memantap Perusahaan Kecil dan Sederhana 80. Bagi meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS, Kerajaan mencadangkan peruntukan pakej bersepadu sebanyak 120 juta ringgit yang merangkumi dana pinjaman untuk membiayai program mekanisasi dan automasi serta program peningkatan kapasiti PKS. Selain itu, Kerajaan telah menyediakan pelbagai bantuan dan insentif di bawah program Green Lane Policy melalui pembiayaan, insentif cukai dan perolehan termasuk: Pertama: Insentif pinjaman mudah dengan subsidi kadar faedah dua peratus atau jumlah maksimum 200 ribu ringgit setahun; Kedua: Pengecualian duti setem ke atas surat cara perjanjian pinjaman di bawah insentif pinjaman mudah; Ketiga: Potongan cukai ke atas perbelanjaan untuk mendapatkan pensijilan 1-InnoCERT; Keempat: Insentif perolehan Kerajaan merangkumi pendaftaran syarikat bertaraf pembuat, diluluskan tanpa lawatan dan pemberian markah bonus dalam penilaian teknikal; dan Kelima: Insentif keutamaan dalam perolehan syarikat Menteri Kewangan Diperbadankan. Kerajaan bercadang untuk melanjutkan kesemua insentif ini sehingga 31 Disember 2017.
Posted on: Fri, 25 Oct 2013 09:06:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015