BALAI POLIS PULAU GAYA JAMIN KESELAMATAN PENDUDUK Kota Kinabalu, - TopicsExpress



          

BALAI POLIS PULAU GAYA JAMIN KESELAMATAN PENDUDUK Kota Kinabalu, 15 Julai - Kewujudan Balai Polis Pulau Gaya yang kini menjadi realiti disamping memantapkan kawalan keselamatan di sepanjang perairan Sabah ekoran pencerobohan pengganas di Lahad Datu awal tahun ini. Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata dengan adanya balai polis itu juga, penduduk Pulau Gaya tidak lagi perlu ke Balai Polis Daerah Kota Kinabalu sekiranya menghadapi masalah terutama berkaitan jenayah atau keselamatan. "Balai polis ini bukan hanya untuk menjaga keamanan tetapi juga sebagai imej pelancongan di negeri ini memandangkan Pulau Gaya adalah salah satu pusat tumpuan pelancong. "Meskipun di pulau ini indek jenayahnya tidak begitu ketara, tetapi adalah menjadi tugas pihak polis untuk menyampaikan dan memberi perkhidmatan kepada ahli masyarakat yang berada di sini," katanya pada sidang media sempena prapelancaran balai polis tersebut. Pulau Gaya adalah pulau pertama yang dilakukan prapelancaran yang akan diikuti Pulau Bum-Bum, Pulau Mabul, Bangi dan Desa Kencana sementara balai polis di Karakit, Tambisan dan Cenderawasih akan dinaik taraf. Hamza berkata terdapat 265 anggota polis di Pulau Gaya yang diketuai seorang Inspektor. Sementara itu beliau menjelaskan terdapat beberapa kriteria dalam pemberian bantuan Tabung Amanah Warisan Polis yang berakhir 30 Jun lalu. "Antaranya ialah penerimanya adalah mereka yang berkhidmat dalam perkhidmatan polis semasa zaman darurat (1948-1962) di Semenanjung dan di Sabah dan Sarawak (1962-1974). "Kategori pasukan yang telah ditetapkan adalah Special Constabulary (SC), Home Guard (HG), Auxuliary Police (AP), Extra Police Konstabel (EPC), Border Scout (BS), Jungle scout/Squad(JS), Police Field Force Reservist(PFFR) dan Sarawak Constabulary (SWC)," katanya. - BERNAMA
Posted on: Mon, 15 Jul 2013 13:58:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015