BARCELONA SANGGUP JUAL FABREGAS KE MANCHESTER UNITED KERANA - TopicsExpress



          

BARCELONA SANGGUP JUAL FABREGAS KE MANCHESTER UNITED KERANA PERLUKAN WANG Barcelona sanggup menjual Cesc Fabregas kepada Manchester United kerana mereka memerlukan wang. Juara Liga Sepanyol itu telah berbelanja besar di dalam pembelian pemain Brazil, Neymar daripada Santos dan dikatakan Fabregas tidak gembira kerana beliau dijangka kurang mendapat tempat di posisi utama. Menurut satu sumber yang sangat dipercayai di Sepanyol, Barcelona sanggup menjual Fabregas ke Manchester United kerana kelab itu sangat memerlukan dana tambahan. Walaupun Manchester United masih belum menerima maklum balas daripada Barcelona mengenai tawaran yang telah dibuat oleh Manchester United untuk Fabregas iaitu sekitar € 30 juta dan kelab Barcelona itu percaya bahawa Fabregas mahu berpindah kerana tidak berpuas hati mengenai kedudukan beliau sejak berpindah dari Arsenal pada tahun 2011. Ketibaan pemain Brazil dari Santos iaitu Neymar yang dibeli dengan harga € 58 juta telah mencabar kedudukan Fabregas di skuad utama kelab itu dan perbelanjaan yang besar juga menyebabkan Barcelona memerlukan dana tambahan serta perlu menjual pemain mereka. Walaupun Tito Vilanova mengatakan bahawa Fabregas sangat gembira berada di Barcelona, terdapat sumber mengatakan Fabregas tidak gembira apabila sering disisihkan daripada skuad utama. P/S: Berita tetap berita, itu tugas Buletin Manchester United. Sama ada pemain itu berpindah atau tidak, itulah lumrah Gosip Perpindahan selagi Liga belum bermula. Jika anda sudah lama meminati sukan Bola Sepak, anda faham situasi ini selagi belum bermulanya sepak mula liga !
Posted on: Wed, 17 Jul 2013 13:46:14 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015