BERITA HARI INI: 1.Sebanyak 5,485 aduan di terima oleh Jabatan - TopicsExpress



          

BERITA HARI INI: 1.Sebanyak 5,485 aduan di terima oleh Jabatan Bomba berhubung dgn kebakaran dalam bulan Februari. 2.Air di 2 Empangan Selangor terus susut dan tinggal hanya 50% dan menambahkan lagi masaalah air yang sedia ada. 3.Percubaan Jabatan Meteorologi untuk mengadakan pembenihan awan di tangguh kerana cuaca kering yang menyebabkan langit tidak banyak awan. 4.Selangor mahu memberi bekalan air percuma kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya jika dapat mengatasi dan mengambil alih bekalan air nanti. 5.Johor mahu kerajaan pusat mengkaji semula harga air mentah yang di bekalkan kepada Singapura. 6.Kebakaran kawasan cerun berhampiran Lebuhraya PLUS di Paya Keladi Kepala Batas menyebabkan penduduk sekitar panik. 7.Bomba terpaksa menggunakan air longkang yang busuk untuk mengawal kebakaran tempat pelupusan sampah di Paya Kamunting, Jitra Kedah. 8.Hutan di lereng bukit Taman Melawati di Selangor turut terbakar. 9.Murid SK Pauh di kangar di pindahkan ke SMK Tunku Badriah mulai semalam selepas tidak dapat belajar kerana ancaman asap dari kebakaran kawasan berhampiran sekolah. 10.MCA di jangka akan kemukakan Naib Presiden Parti Datin Paduka Chew Mei Fun sebagai calun BN di Kajang. 11.Sultan Selangor mahu semua kerabat di raja tidak masuk campur dalam politik dan PRK Kajang. 12.Pulau Pinang mahu membuat terusan di kawasan Masjid Terapung Tanjung Bunga untuk menyelesaikan masaalah air busuk yang bertakung sejak beberapa tahun. 13.Artis Era Fazira menjadi janda kali kedua bila di ceraikan talak 1 oleh suami nya Tengku Imran.Era mengaku mereka tidak tinggal sebumbung sejak 1 tahun yang lalu dan rela hak penjagaan anak mereka di beri kepada bekas suami nya. 14.Mahkamah Syariah Kuala Lumpur menetapkan tarikh 11 Mac untuk pendengaran kes permohonan cerai Nurul Izzah yang juga anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.Nurul tidak hadir dan di wakili peguam manakala suami nya Raja Ahmad Shahir hadir. 15.Seorang gadis mati di belasah kekasih nya di Pangsapuri Lagoon Perdana di Petaling Jaya.Lelaki yang di percayai kekasih nya itu turut di masukkan ke hospital selepas di belasah keluarga wanita berkenaan. 16.Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaludin membidas bekas menteri P.Waythamoorthy yang menuduh PM mungkir janji untuk membantu kaum india dengan mendedahkan bahawa bekas menteri itu mahu semua peruntukkan untuk kaum india di beri kepada nya untuk di urus. 17.Pulau Pinang mempunyai 333,915 penerima BR1M. 18.Pahang akan mengawal ketat penemuan fosil dinosaur yang berusia jutaan tahun dari di ceroboh olih golongan yang tidak bertanggung jawab. 19.Skuad Khas Narkotik Bukit Aman (STING) merampas 80kg heroin yg bernilai RM3.2 juta di sebuah kondominium di Solok Gangsa di Georgetown Pulau Pinang. 20.Laporan polis di buat keatas 1 twitter yang cuba menimbulkan ketegangan kaum di Pulau Pinang yang mendakwa Kerajaan Pulau Pinang bercadang mengharamkan Khutbah jumaat. 21.Rakaman video 7 minit mengenai seorang lelaki yang memecahkan cermin kereta kerana marah keatas sebuah kereta yang parking di belakang kereta nya di Kota Kinabalu mula meluas di Youtube. 22.Festival Layang-layang sedunia bermula di Pasir Gudang ,Johor hari ini. 23.Sebanyak 11 restoran di tutup di Pulau Pinang kerana kotor termasuk 1 premis makanan kerana penemuan bangkai tikus. 24.Penduduk kaum India di Kg Baru Kundang di Rawang protes pembinaan projek Lata Highway yang memberi kesan kepada tanah perkuburan india di situ. LUAR NEGARA: 25.Rusuhan dan protes oleh penunjuk perasaan di Bangkok semakin buruk dgn 4 kematian dan 64 cedera dalam serangan bom. 26.Video yang mendedahkan kekejaman askar Bashar di Syria telah dedahkan untuk pengetahuan dunia. 27.Seorang mati dan 77 cedera dalam rusuhan di pusat tahanan pencari suaka politik di Papua New Guinea. 28.Asteroid yang bersaiz 3 kali padang bola di kesan telah melintas bumi jam 10 malam waktu Malaysia. 29.Kerajaan China arah polis tegas dan hapuskan pelacuran. 30.Presiden Zimbabwe Robert Mugabe tiba di Singapura untuk rawatan mata. SUKAN: 31.Pemain badminton Malaysia menghadapi undia sukar untuk All England. 32.Malaysian tewas 2-3 kepada tuan rumah dalam Kejohana Badminton Remaja Asia di Taiwan. 33.Persatuan Bolasepak Sarawak membuat aduan rasmi kepada FAM berhubung dakwaan pengadil Shukri Abd Rahman yang di katakan mengeluarkan perkataan lucah kepada ketua pasukan Joseph Kalang Tie dlm perlawanan menentang Perak. 34.Atlit Sarawak raih 2 pingat emas ,4 perak dan 4 gangsa di Kejohana Taekwando Sekolah Bangkok di Thailand. 35.JDT, Pahang, Kelantan dan Felda United layak ke separuh akhir Piala FA. 36.Barcelona dan PSG semakin cerah ke suku akhir Piala Eropah selepas menang di tempat lawan.Barca menang 2-0 keatas Man City manakala PSG membenam Bayer Leverkusen 4-0. Arsenal akan bertemu Bayern Munich dan AC Milan bertemu Athletico Madrid dalam saingan awal pagi nanti.
Posted on: Wed, 19 Feb 2014 03:40:16 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015