BERITA TV DI AIDILFITRI Selama ini disogokkan dengan filem2, drama - TopicsExpress



          

BERITA TV DI AIDILFITRI Selama ini disogokkan dengan filem2, drama (air mata atau komedi), muzikal, atau macam macam dalam TV, apa kata korang membuang tebiat dengan menonton berita pada 8 malam...raya pertama (maksud aku siang tu raya, bukan lpas berbuka puasa). Aku dah tau apa trending malam raya punya berita... 1-Cerita mengenai hari raya, mengenai sambutan hari raya di sekitar Malaysia, cerita di mana raja atau sultan Solat Sunat Aidilfitri, pastu diiringi MB atau KM, kadang2 ada ulasan pasal khutbah, ada scene raja2 salam dgn rakyat, ada scene bg duit raya 2-Cerita mengenai rumah terbuka org femes, bese Kabinet Menteri la 3-Ulasan daripada perutusan PM sempena Aidilfitri 4-Pastu ada liputan kat Kedutaan Indon, scene solat sunat raya, interview Duta 5-Pastu ada liputan pasal kesesakan lalu lintas, ada interview org nak balik kampung, soalan biasa tanya, balik mana? balik KL ble? bape hari cuti? kadang2 ada hadiah dia bagi, ada masa dia tny jurutol, polis trafik 6-Pastu pasal mengenai pasukan keselamatan beraya di perbatasan, tak juga pasal rakyat Malaysia di luar negara... 7-Kemalangan, tu takyah cerita 8-Pasal mercun, orang main mercun putus jari, sekarang takde dah sgt pasal mercun, pasal tembak menembak 9-Pasal harga barang mentah 10-Liputan pasal persiapan raya, persiapan terakhir, biasanya kat Jalan TAR 11-Liputan orang nak balik kampung, biasanya kat stesen bas, stesen keretapi, airport 12-Berita sambutan Aidilfitri di luar negara, ada negara sambut lagi awal 13-Pastu ada berita cakap, Bursa Malaysia ditutup sempena Aidilfitri, urusniaga akan berlangsung selepas Aidilfitri 14-Ni best, pasal sambutan Aidilfitri dari kalangan atlet, masa berita sukan 15-Berita pasal artis beraya 16-Ada promosi cerita filem ke apa ke kat channel dowg 17-Iklanla...macam biasa 18-Berita tamat! Tak caya? Tgk la berita time raya, kitar semula! Keh3 -21LVA-
Posted on: Tue, 06 Aug 2013 11:58:20 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015