BERKAITAN FELDA FGVH ambilalih 51% saham dalam Felda Holding? - TopicsExpress



          

BERKAITAN FELDA FGVH ambilalih 51% saham dalam Felda Holding? Semalam, FGVH telah buat kenyataan media, cadangan penawaran pengambil alihan(proposed acquisition) kepentingan 51% equiti dalam Felda Holding Bhd yang mempunyai 112,199,999 ordinary shares bernilai RM1 sesaham dengan harga tawaran RM2.2 bilion. Jika tawaran ini berlaku, bermakna KPF tiada apa2 kepentingan dalam Kumpulan Felda yang memberi impak kepada pertumbuhan KPF selama ini. Untuk pengetahuan, harga tawaran tidak munasabah. Masa nak listing, nilai Felda Holding RM7.2 bilion. Kalau 51%= RM 3.6 bilion. kenapa tawarannya begitu rendah. Tambahan pula apa perlunya FGVH nak berbuat demikian? Nak bunuh KPF? Terdapat 207,913 ahli KPF yang terdiri dari peneroka, ahli keluarga peneroka dan kakitangan felda. Felda Holding memiliki 56 anak syarikat, 47 daripadanya aktif. Antaranya Felda Plantation Sdn, Felda Parm Industries Sdn Bhd, Felda Techno Plant Sdn Bhd, Felda Kernel Product Sdn Bhd, Felda Rubber Industries Sdn Bhd, Felda Iffco Sdn Bhd dll. Jika tiada tentangan, tawaran ini akan jadi kenyataan. Pendapatan KPF akan merudum. Dividen yang setiap tahun antara 15-16% akan merosot jauh. Koperasi antara yang terbaik di Malaysia, yang menjadi kebanggaan warga Felda bakal melalui hari2 yang sangat suram. Dari malam tadi, ramai sungguh yang hubungi saya. ANAK kena buat sesuatu kata mereka. Buat injunksi halang. Saya katakan ini tanggungjawab bersama. Mana pergi pemimpin UMNO yang berdegar2 mendakwa benteng orang melayu? Isa Samad tu calon Naib Presiden Umno, parti yang kata hidup mati bersama melayu! Kenapa dia tergamak nak bunuh Koperasi yang sangat berjasa pada orang melayu? Malam ini, Pelancaran Kempen Selamatkan Felda 2.0 di Nadi Kota Bandar Jengka. ANAK mengulangi ikrar akan bersama warga Felda. Namun, nak harap kami sahaja takkan mampu. Di belakang Isa Samad, adalah Najib Tun Abd Razak. Kena tentang secara bersepadu seluruh warga Felda. Datang beramai2 tanda sokongan dan kebersamaan kita. Isa Samad akan terus buat onar selagi mana warga Felda menyokongnya. Kalau dia menang, Naib Presiden Umno, akan jadi Menteri. Lagi mengepaklah dia. YA ALLAH, YA TUHAN KAMI, SELAMATKANLAH FELDA DARI PENGKHIANAT!..MA
Posted on: Sat, 12 Oct 2013 23:10:06 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015