|BMU - BERITA RINGKAS| GOSIP PERPINDAHAN AKHBAR 22 JULAI 2013 1. - TopicsExpress



          

|BMU - BERITA RINGKAS| GOSIP PERPINDAHAN AKHBAR 22 JULAI 2013 1. Wayne Rooney semakin pasti akan berpindah ke Chelsea dengan tawaran gaji sekitar £ 200,000.00 seminggu. Wayne Rooney dikatakan berminat untuk bekerja di bawah pentadbiran Jose Mourinho - The Sunday Times 2. Liverpool bersedia membawa masuk pertahanan Chelsea, Ryan Bertrand ke Anfield. Pemain pertahanan kiri berusia 23 tahun itu dikatakan mempunyai peranan yang penting jika berjaya dibawa masuk ke Liverpool oleh Brendan Rodgers. - Guardian 3. Manchester United bersedia menggandakan bidaan terhadap pemain tengah Barcelona, Cesc Fabregas. Manchester United telahpun membuat tawaran rasmi sebanyak £ 30 juta dan akan meningkat bagi membawa masuk pemain itu ke Old Trafford. - Mirror Football. 4. Tottenham Hotspurs bersedia memecahkan rekod pembelian pemain kelab dengan membida sebanyak £ 18 juta terhadap penyerang Valencia, Roberto Soldado. Pengerusi kelab, Daniel Levy dikatakan mahu membawa pemain ternama ke kelab agar dapat mengekalkan Garegt Bale dan Pengurus, Andre Villas-Boas yang kedua-duanya telah dikaitkan dengan perpindahan - Online Mail 5. Arsenal kembali berusaha membawa penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain ke Emirates. Ianya berikutan pesaing mereka, Napoli yang telah menolak untuk membeli penyerang itu kerana harga yang tinggi dan Arsenal berseida menawarkan harga yang baru - Onlone Mail 6. Fulham dan Newcastle United bersaing mendapatkan tandatangan penyerang Aston Villa, Darrent Bent. - Mirror Football. BMU CHAMP20NS (~BMU05~)
Posted on: Mon, 22 Jul 2013 00:40:40 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015