BSb 2013 bermula 1 Disember Posted date: September 28, 2013 Oleh - TopicsExpress



          

BSb 2013 bermula 1 Disember Posted date: September 28, 2013 Oleh Mahdi Yassin, Media Permata BANDAR SERI BEGAWAN, 27 Sept – Brunei Salebration (BSb) anjuran Jabatan Perancangan dan Kemajuan Ekonomi (JPKE), Jabatan Perdana Menteri akan kembali lagi, bermula 1 Disember 2013 hingga 2 Februari 2014. Menurut kenyataan dari JPKE, BSb 2013 dihasratkan untuk menyumbang ke arah matlamat bagi meningkatkan kegiatan ekonomi negara menerusi harga jualan murah yang menarik di samping menggalakkan orang ramai khususnya penduduk Negara Brunei Darussalam untuk membeli belah di negara ini. Semua peserta-peserta BSb akan menawarkan potongan harga tidak kurang 20%. Sekurang-kurangnya 60% dari semua stok barangan yang dipamerkan di premis akan ditawarkan potongan harga kecuali peserta gedung-gedung perniagaan mengikut kategori barangan. Bagi selebih 40% stok barangan, potongan harga yang ditawarkan hendaklah di antara 10% ke 20% dengan tawaran promosi sampingan seperti belian-atas-belian (BAB), hadiah, baucar, kupon dan sebagainya yang bersesuaian dan berfaedah. Sebagaimana yang diperuntukkan di bawah peraturan 9 (1) di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Harga (Harga Jualan Murah) 2012, setiap barangan jualan dikehendaki mempamerkan tanda harga yang jelas dan nyata. Bagi BSb 2013, setiap barangan yang ditawarkan dikehendaki mempunyai dua tanda harga iaitu harga asal dan harga berdiskaun. Pendaftaran bagi BSb 2013 dibuka sekarang untuk semua perniagaan, dan borang permohonan dan garis pandu penyertaan boleh di muat turun dari laman web JPKE iaitu depd.gov.bn atau datang terus ke pejabat JPKE.
Posted on: Sat, 28 Sep 2013 16:20:46 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015