BUKAN TUKAR PEMBEKAL, TUKAR PENGERUSI SPR Henti sandiwara dakwat - TopicsExpress



          

BUKAN TUKAR PEMBEKAL, TUKAR PENGERUSI SPR Henti sandiwara dakwat kekal, pengerusi SPR mesti letak jawatan KUALA LUMPUR: Gabungan Pilihan Raya Bebas & Adil (Bersih) menggesa SPR menghentikan sandiwara dakwat kekal untuk menutup kelemahan badan itu, kata ahli jawatankuasa pemandu, Dr Wong Chin Huat. “Jangan beralasan. Mahu tukar pembekal jadi sandiwara murahan untuk menutup kelemahan SPR dalam pilihanraya yang lepas. “Ganti pengerusi lain. Bukan ganti pembekal dakwat kekal,” katanya kepada Suara KeadilanBeliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang merancang membeli dakwat kekal dari pembekal baru untuk digunakan dalam PRK DUN Kuala Besut. “Dalam keadaan sekarang kepercayaan rakyat terhadap SPR tercalar. Apa yang rakyat mahu dengar ialah pengerusi SPR itu sendiri letak jawatan,” katanya. Mengulas lanjut, Chin turut Huat menggesa SPR memanggil parti politk dan pemerhati bebas bagi memantau penggunaan dakwat kekal. “SPR perlu telus. Badan-badan pemerhati bebas perlu dijemput bagi menilai sendiri penggunaan dakwat kekal ini. “Kualiti dakwat ini perlu disemak. Proses penggunaannya perlu dipantau pemerhati pilihan raya yang bebas” tergasnya. bulatdusun.blogspot/2013/07/bukan-tukar-pembekal-tukar-pengerusi-spr.html
Posted on: Mon, 08 Jul 2013 21:41:29 +0000

Trending Topics



Recently Viewed Topics




© 2015